Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

224) SELANGOR SMART BAS

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Pengangkutan

Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan jumlah bas di bawah program Selangor Smart Bas dan laluan yang terlibat?

    Perkhidmatan Bas Smart Selangor telah diperkenalkan sejak tahun 2015. Sehingga kini, sebanyak 166 buah bas telah disediakan dan beroperasi di 57 laluan yang merangkumi semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor. Senarai laluan yang disediakan adalah seperti berikut:

  2. Berapakan statistik penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini sejak inisiatif Selangor Smart Bas dilancarkan?

    Sejak tahun 2015 hingga bulan September 2023, sebanyak 65,105,588 orang penumpang telah menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor. Jumlah penumpang mengikut tahun adalah seperti berikut:

     

    TAHUN

    JUMLAH PENUMPANG (ORANG)

    2015

    546,661

    2016

    4,162,019

    2017

    10,653,827

    2018

    14,434,719
    2019

    15,612,196

    2020

    4,313,294
    2021

    2,740,689

    2022

    6,767,089
    2023

    (sehingga Sept 2023)

    5,875,094

    JUMLAH

    65,105,588

Lampiran

Tiada Lampiran.