Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

50) SELANGOR SMART AGRO PARK (SSAP)

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini kemajuan SSAP?

    Selangor Smart Agro Park (SSAP) adalah sebuah projek pembangunan hab sekuriti makanan berteknologi tinggi di atas tanah milik PKPS berkeluasan 971 hektar yang terletak di Changkat Menteri, Sabak Bernam.

    Untuk makluman, kerja-kerja pembangunan di tapak SSAP belum dimulakan lagi bagi memastikan segala syarat dan kelulusan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dipatuhi terlebih dahulu. Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor (JAS) telah membenarkan kerja-kerja pemulihan (remedi), antaranya lainnya seperti pembinaan system perparitan, kolam takungan, penstabilan, penstabilan tanah, kawalan hakisan tanah dan kelodakan serta kawalan saliran tanah gambut, selaras dengan arahan Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling melalui surat rujukan JAS 100-2/6/1 Jld 5 (27) bertarikh 9 April 2021.

    PKPS juga sedang menyiapkan laporan EIA berdasarkan arahan daripada JAS. Kerja-kerja pembangunan dijangka bermula pada November 2021.

  2. Berapa ramai peserta atau syarikat yang terlibat dalam pembangunan kawasan pertanian berintegrasi dalam projek SSAP?

    Jumlah peserta dan syarikat yang terlibat dalam pembangunan kawasan pertanian berintegrasi dalam projek SSAP adalah seperti berikut :

    Bil Nama Syarikat Keluasan Tanah Jenis Tanaman
    1 Top Fruit Sdn Bhd 100 Ekar Tanah Umbisi (Tuber Crop)
    2 Astana Consolidated Sdn Bhd 200 Ekar Jagung & Agro Pelancongan
    3 Macamatch Sdn Bhd 200 Ekar Kelapa Mataq & Pisang
    4 Oscar Making Sdn Bhd 300 Ekar Kalapa Mataq
    5 Sri Lagong Agriculture Corridors Sdn Bhd 100 Ekar Kelapa Mataq
    6 Geomining Industries Sdn Bhd 100 Ekar Kalapa Mataq
    7 Grasiagate Berhad 100 Ekar Cili
    8 Agro Harvest Plantations Sdn Bhd 200 Ekar Kelapa Mataq
    9 Prima Agung Sdn Bhd 200 Ekar Kelapa Mataq
    10 Petrogas Resources Sdn Bhd 200 Ekar Sayuran
  3. Apakah pelan Kerajaan berkenaan usaha menjaga kelestarian flora dan fauna dalam kawasan pembangunan tersebut?

    Pelan Kerajaan berkenaan usaha menjaga kelestarian flora dan fauna dalam kawasan pembangunan ini adalah seperti berikut :

    1. Pewujudan kawasan rayau hidupan liar dengan menyediakan “Central Forest Spine” seluas 521 hektar atau 53.6 peratus daripada keseluruhan kawasan di dalam pembangunan SSAP.
    2. Zon Penampan seluas 50 meter dari sempadan tanah di sekeliling pembangunan ini turut disediakan dalam memastikan ekosistem hidupan liar terjaga.
    3. Pengekalan pokok bersaiz 60cm DBH ke atas di dalam kawasan plot pertanian untuk memastikan kesinambungan landskap dan ekologi hutan tetap dipelihara.

Lampiran

Tiada Lampiran.