Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
89) SELANGOR SCIENCE PARK (SSP)
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah keluasan dan berapakah harga tanah di SSP?
Keluasan keseluruhan SSP2 ialah 1,254 ekar. Harga tanah di SPP2 adalah berdasarkan tempoh pajakan seperti berikut :
Jenis Pajakan Perumahan (RM/SKP)
Perniagaan (RM/SKP)
Industri (RM/SKP)
30 tahun – RM89 RM45 60 tahun – RM125 RM63 99 tahun RM59 RM142 RM71 -
Sila nyatakan secara detail apakah faktor tarikan utama SSP?
Tarikan utama kepada SSP2 adalah terhadap konsep pembangunannya yang telah dirancang dengan Ianya adalah bandar moden yang mementingkan konsep hijau dan sustainabiliti serta sensitiviti terhadap pencemaran. Untuk itu walaupun 27.19 % daripada kawasan pembangunan dirancang sebagai kawasan industri, namun ianya industri jenis ’Hightech’ dan bebas daripada pencemaran.
Selain daripada itu, lokasi pembangunan SSP2 juga menarik minat pelabur- pelabur dan pembeli hartanah kerana ianya bersebelahan dengan Putrajaya dan Cyberjaya. Lingkaran lebuhraya seperti SKVE, ELITE, PLUS, MEX, LDP, BESTRAYA telah sedia ada dan ini menjadikan perjalanan ke KLIA hanya mengambil masa selama 15 minit, Kuala Lumpur 30 minit dan Pelabuhan Klang 15 minit.
-
Sila nyatakan bagaimanakah sambutan pelabur domestik dan luar terhadap SSP?
Sambutan daripada pelabur domestik dan luar terhadap SSP2 amat memberangsangkan. PKNS menerima lebih kurang tiga kali pertanyaan dalam seminggu mengenai pembangunan SSP2.