Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014

224) SELANGOR SCIENCE PARK 2

Tahun: 2014

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan secara terperinci berkenaan pemaju, kos dan jangka masa projek Selangor Science Park 2?

    PKNS ialah pemaju Selangor Science Park 2,

     

    Kos keseluruhan pembangunan adalah sebanyak RM3.0 billion yang melibatkan kos pembelian tanah, pembinaan infrastruktur dan pembangunan. Tempoh masa projek adalah selama 10 tahun iaitu sehingga tahun 2025.

     

  2. Apakah kepentingan kepada pembangunan di Selangor?

    Selangor Science Park 2 seluas 1,200 ekar adalah pusat pertumbuhan baru yang kesebelas dimajukan oleh PKNS. Ianya telah dirancang sebagai pembangunan utama di Koridor Selatan Negeri Selangor dengan mengambil munafaat daripada pembangunan Putrajaya dan

     

    Selaras dengan objektif Agenda 21 pembangunan Selangor Science Park 2 mementingkan pembangunan lestari dan mampan serta berkonsepkan Kehijauan (Green Development). Untuk itu Selangor Science Park 2 dirancang dengan hasrat sebagai Bandar Solar yang pertama (First Solar City) untuk Negeri Selangor dengan penggunaan ”renewal energy”.

     

    Bersandarkan lokasi yang strategik ,Selangor Science Park 2 telah dirancang untuk menarik pelabur asing dengan kawasan perindustrian sebanyak 40% daripada keseluruhan pembangunan. Institusi pendidikan juga tidak ketinggalan dimana Sekolah Antarabangsa Korea akan beroperasi di sini. Selain daripada itu Segi College dan Brainy Bunch Islamic Montessori juga telah menunjukkan minat.

     

    PKNS juga telah menerima cadangan bagi pembangunan sebuah Pusat Expo Negeri Selangor untuk di bangunkan di tapak ini.

     

    Dalam pada itu cadangan pembangunan perumahan dan komersial masih diteruskan termasuk pembinaan 840 unit pangsapuri rumah mampu milik.

     

    Pada keseluruhannya Selangor Science Park 2 dijangka menjadi sebuah pusat pertumbuhan baru yang vibran dan dapat menandingi pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya

     

Lampiran

Tiada Lampiran.