Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

329) SELANGOR SARING

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah jenis-jenis saringan yang dilakukan dalam Program Selangor Saring?

    Jenis-jenis saringan yang dilakukan di bawah Program Selangor Saring adalah seperti berikut:

    1. Saringan Asas – Merangkumi pemeriksaan fizikal, pengambilan sampel darah dan urin;
    2. Saringan Kanser – Saringan awal bagi kanser payudara, serviks, kolorektal dan prostat; dan
    3. Saring Plus – Pemeriksaan gigi, mata, telinga dan fisioterapi
  2. Bilakah Selangor Saring akan dibuat di dalam DUN Selat Klang?

    Cadangan tarikh bagi pelaksanaan Program Selangor Saring di DUN Selat Klang adalah pada 21 Disember 2024 (Sabtu).

Lampiran

Tiada Lampiran.