Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

7) SELANGOR SARING

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah peruntukan kewangan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri bagi melaksanakan Program Selangor Saring di seluruh Negeri Selangor bagi tahun 2024 dan berapa banyak yang telah dibelanjakan setakat ini?

    Bagi tahun 2024, jumlah peruntukan bagi melaksanakan Program Selangor Saring di seluruh Negeri Selangor adalah sebanyak RM3,200,000.00. Sehingga 31 Oktober 2024, jumlah penggunaan adalah sebanyak RM1,675,081.25.

  2. Berapakah jumlah penduduk Selangor yang telah mendapat manfaat daripada Program Selangor Saring setakat ini? Sila nyatakan bilangan peserta yang disaring mengikut kategori umur dan kawasan DUN.

    Jumlah penduduk Negeri Selangor yang telah menjalani saringan kesihatan di bawah Program Selangor Saring bagi tahun 2024 adalah seramai 6,991 orang. Perincian peserta yang mendaftar Program Selangor Saring mengikut kategori umur dan DUN adalah seperti berikut:

     

    Kumpulan Umur Jumlah peserta
    18-30 1,008
    31-45 2,119
    46-64 2,673
    65 keatas 1,191
    Jumlah 6,991

    Jadual 1: Peserta yang mendaftar mengikut kategori umur

    Bil. DUN Jumlah Peserta
    1 SiJangkang 109
    2 Bukit Melawati (Madani Rakyat) 384
    3 Pandan Indah 58
    4 Seri Kembangan 239
    5 Kuala Kubu Bharu 88
    6 Hulu Kelang 133
    7 Lembah Jaya 148
    8 Bandar Utama 689
    9 Tanjung Sepat 101
    10 Seri Serdang 179
    11 Bukit Melawati 2.0 98
    12 Gombak Setia 114
    13 Banting 141
    14 Paya Jaras 117
    15 Dengkil 95
    16 Sungai Tua 220
    17 Batu tiga 174
    18 Pandamaran 262
    19 Kampung Tunku 184
    20 Dengkil 2.0 131
    21 Teratai 172
    22 Kinrara 314
    23 Pelabuhan Klang 181
    24 Sabak 169
    25 Subang Jaya 790
    26 Kota Kemuning 334
    27 Balakong 239
    28 Karnival Pantai Bharu 62
    29 Seri Setia 202
    30 Sungai Ramal 223
    31 Rawang 373
    32 Bukit lanjan 268
      Jumlah 6,991

    Jadual 2: Peserta yang hadir mengikut DUN

     

  3. Adakah Kerajaan Negeri merancang untuk memperluaskan Program Selangor Saring dengan menambah lebih banyak jenis saringan atau memperkenalkan teknologi baru dalam program ini?

    Kerajaan Negeri sedang dalam perancangan bagi menambah saringan kanser hati di bawah Program Selangor Kanser. Walau bagaimanapun, cadangan tersebut akan diperhalusi keperluannya termasuk implikasi kewangan terlibat sebelum ianya diputuskan untuk diperkenalkan kelak.

Lampiran

Tiada Lampiran.