Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
291) SELANGOR SARING
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan bagi menjalankan Program Selangor Saring?
Jumlah peruntukan bagi menjalankan Program Selangor Saring tahun 2024 adalah sebanyak RM3,200,000.00, yang mana jumlah ini turut meliputi peruntukan bagi Program Selangor Kanser dan Pemeriksaan Kesihatan Mata yang diadakan bersekali dengan Program Selangor Saring.
-
Apakah tindakan susulan terhadap peserta Selangor Saring?
Terdapat dua jenis tindakan susulan terhadap peserta yang menjalani saringan di bawah Program Selangor Saring seperti berikut:
- Saringan asas bagi penyakit tidak berjangkit – Selepas keputusan saringan diperolehi, peserta boleh membuat janji temu ke klinik panel bagi mendapatkan rundingan lanjut melalui aplikasi SELANGKAH.
- Saringan Kanser – Peserta yang menerima keputusan tidak normal boleh membuat janji temu di klinik dan hospital panel bagi membuat prosedur kanser dan pengesahan diagnosis tersebut melalui aplikasi SELANGKAH.
-
Jumlah Program Selangor Saring mengikut DUN bagi tahun 2024.
Sehingga 31 Oktober 2024, jumlah Program Selangor Saring yang telah dianjurkan adalah sebanyak 32 kali yang melibatkan 29 DUN. Sejumlah 6,991 peserta telah menjalani saringan dengan perincian jumlah peserta bagi setiap DUN adalah seperti berikut: