Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
196) SELANGOR OIL PALM INDUSTRIES CORPORATION SDN. BHD. (SOPIC)
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Laporan Ketua Audit Negara 2012 Negeri Selangor menyatakan bahawa terdapat pelbagai kelemahan dalam pengurusan SOPIC dalam misinya menjadi syarikat pengeluar buah-buahan komersial dan makanan terpenting Negara. Apakah perancangan untuk memajukan SOPIC di masa hadapan?
- Jemaah Ahli PKPS telah membuat keputusan untuk melaksanakan tindakan penutupan SOPIC berkuat kuasa pada 1 September 2013 dan PKPS telah mengambil alih semua aset dan liabiliti syarikat. Keputusan ini adalah selaras dengan ‘exercise’ penyusunan semula aktiviti PKPS dan syarikat-syarikat subsidiarinya yang telah dimulakan pada tahun
Di dalam pengstrukturan semula ini, semua aktiviti perladangan tidak lagi dijalankan oleh syarikat subsidiari tetapi diuruskan secara langsung oleh PKPS bagi mengawal penggunaan dan pemilikan aset tanah. Dengan pengstrukturan semula ini maka kewujudan SOPIC telah menjadi tidak lagi relevan. Dengan lain perkataan, projek ‘Selangor Fruits Valley’ (SFV) akan diambil alih oleh PKPS untuk diuruskan sebagai projek langsung PKPS.
-
Apakah strategi kerajaan untuk menjana ekonomi melalui sektor pertanian buah- buahan jika SOPIC gagal melakukannya?
- PKPS akan tetap meneruskan projek SFV tetapi dengan objektif dan pendekatan baru. Dalam hal ini, tumpuan PKPS adalah kepada dua objektif, iaitu perladangan komersial dan pembangunan usahawan tani. Sebahagian daripada kawasan SFV akan diuruskan sendiri oleh PKPS sebagai ladang buah-buahan komersial dan tidak lagi untuk tujuan pelancongan, pembelajaran dan
Sebahagian lain pula akan diwujudkan lot-lot pertanian dan ditawarkan kepada orang ramai untuk diusahakan dengan tanaman buah-buahan, kontan dan sayur- sayuran secara usaha sama dengan PKPS.
Dengan berbuat demikian, masalah utama PKPS, iaitu keperluan tenaga buruh, akan dapat dikurangkan dan pada masa yang sama, memberi peluang kepada para usahawan tani untuk bersama-sama PKPS dalam membangunkan SFV dan dapat menjana ekonomi melalui sektor pertanian.