Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

426) SELANGOR MOBILITY

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Mu'izzuddeen Bin Mahyuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha Kerajaan Negeri bagi mewujudkan Selangor Mobility di kawasan luar bandar khususnya di DUN Hulu Bernam?

    Antara usaha Kerajaan Negeri bagi penyediaan perkhidmatan mobiliti di daerah Hulu Selangor adalah melalui perkhidmatan percuma Bas Smart Selangor di bawah Pentadbiran MPHS seperti berikut:-

    1. Laluan HS01 (Kuala Kubu Bharu – Rasa – Bukit Sentosa);
    2. Laluan HS02 (Antara Gapi – KTM Batang Kali);
    3. Laluan HS03 (Terminal Bukit Sentosa – Kg Sungai Buaya); dan
    4. Laluan HS04 (Bukit Sentosa – Taman Bunga Raya).

    Manakala, untuk perkhidmatan bas henti-henti (komersil) di bawah pengurusan Maraliner menawarkan laluan bas berikut:-

    1. Laluan ML29 (Rawang – Tanjung Malim);
    2. Laluan ML34 (Felda Sungai Tengi – Tanjung Karang); dan
    • Laluan ML80 (Rawang – Taman Bunga Raya).

     

    Namun, Kerajaan Negeri terus komited untuk memperbaiki jaringan perkhidmatan pengangkutan awam di DUN Hulu Bernam khususnya dengan usaha untuk mengkaji semula laluan bas bergantung kepada permintaan dari orang awam.

Lampiran

Tiada Lampiran.