Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
55) SELANGOR MOBILITY
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pengangkutan
Adun: Y.B. Tuan Mohd Kamri Bin Kamaruddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Jumlah penumpang yang telah menaiki Van Demand-Responsive Transit ("DRT") Mobiliti Selangor?
Sehingga Jun 2024, jumlah keseluruhan adalah 52,933 pengguna.
-
Senaraikan taman yang boleh mengakses perkhidmatan DRT ini dari 2023 sehingga kini.
Sepanjang tempoh pengujian Proof of Concept (POC) Projek Rintis DRT,
taman-taman yang boleh mengakses perkhidmatan DRT adalah taman-taman yang terletak dalam zon-zon perkhidmatan DRT berikut:- Puchong
- Ampang
- Hulu Kelang
- UPM-Serdang
- Subang Jaya
- Petaling Jaya Utara
- Petaling Jaya Selatan
- Sungai Buloh