Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

375) SELANGOR MENTAL SIHAT (SEHAT)

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Syed Ahmad Bin Abdul Rahman Alhadad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Selangor Mental SIHAT (SEHAT)
    a. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk memberikan kesedaran berkaitan kesihatan mental?

    Kerajaan Negeri Selangor di bawah Program Selangor Mental Sihat (SEHAT) telah melaksanakan beberapa inisiatif dan perancangan untuk memberikan kesedaran berkaitan kesihatan mental kepada masyarakat seperti berikut:

    1. Bengkel Pencegahan Bunuh Diri yang akan dilaksanakan di lima (5) daerah iaitu Hulu Selangor, Hulu Langat, Gombak, Sepang dan Petaling. Bengkel ini mensasarkan penyertaanketua komuniti seperti Ketua Kampung, wakil Pusat Khidmat Masyarakat (PKM), Badan Pengurusan Bersama (JMB) rumah kos rendah serta sukarelawan kesihatan seperti Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA). Antara pengisian bengkel ini adalah penerangan mengenai mitos berkaitan kesihatan mental dan bunuh diri, risiko dan tanda amaran berkaitan bunuh diri serta pelan sokongan kesihatan mental berasaskan komuniti.
    2. Meneruskan Program Kaunselor Hab SEHAT dengan kerjasama Persatuan Kaunseling Malaysia Antarabangsa (PERKAMA) di setiap daerah. Kauselor Hab SEHAT menawarkan khidmat kaunseling secara percuma kepada masyarakat setempat pada setiap hari Sabtu bermula pada jam 9 pagi sehingga 1 tengah hari; dan
    3. Hebahan promosi dan advokasi Program SEHAT di platform media sosial oleh pempengaruh media sosial yang terdiri daripada latar belakang yang berbeza merangkumi agamawan, atlet sukan dan penggiat seni untuk memastikan kempen ini turut mencakupi kumpulan sasar yang tertentu seperti golongan remaja, muda dan warga emas. Antara komponen hebahan promosi ini adalah kepentingan untuk menjalani saringan kesihatan mental kendiri dan ketersediaan perkhidmatan kesihatan mental yang terdapat di bawah Program SEHAT.
  2. Apakah demografi peserta untuk
    i. Talian SEHAT
    ii. Subsidi Rawatan Psikiatri
    iii. Berapakah jumlah orang yang telah mendaftar untuk Kaunselor Hab SEHAT?

    Demografi peserta bagi inisiatif Taliah SEHAT, Subsidi Rawatan Psikiatri dan Kaunselor Hab SEHAT adalah seperti berikut:

Lampiran

Tiada Lampiran.