Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
360) SELANGOR MENTAL SIHAT (SEHAT)
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan berapa ramai pengguna SEHAT yang telah diberi preskripsi ubat psikiatri dan jumlah kos ubat tersebut.
Bagi manfaat subsidi rawatan psikiatri di bawah Program Selangor Mental Sihat (SEHAT), jumlah kuota adalah seramai 190 orang pesakit. Sehingga 13 Februari 2024, seramai 70 orang telah menerima rawatan di klinik pakar psikiatri dengan setiap individu layak menerima subsidi sehingga lima kali rawatan atau bekalan ubatan tertakluk kepada penilaian lanjut oleh pakar berkaitan.
Kos ubatan bagi 70 orang pesakit tersebut adalah berjumlah RM5,100.30. Untuk makluman, harga siling subsidi rawatan psikiatri yang ditanggung penuh oleh Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM200 bagi setiap sesi merangkumi rawatan pakar psikiatri atau rawatan pakar psikologi klinikal termasuk ubatan yang diperlukan.
-
Apakah jenis ubat yang paling banyak dipreskripsi?
Ubat yang paling banyak diberikan kepada pesakit adalah ubat jenis bagi anti kemurungan melibatkan 35 orang pesakit.