Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
133) SELANGOR MELAHIRKAN ATLET BERTARAF DUNIA
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri mempunyai
perancangan pembangunan atlet
bertaraf dunia dengan mensasarkan
pingat emas Olimpik atau Piala
Dunia?Dalam merealisasikan usaha untuk melahirkan atlet bertaraf dunia ianya bukan merupakan perkara yang mudah dan singkat. Ini kerana ianya memerlukan tempoh masa yang panjang, pengorbanan, usaha dan kerjasama pelbagai pihak. Setiap atlet sukan sememangnya mengimpikan untuk memperolehi pingat emas olimpik mahupun piala dunia kerana kedua-dua pingat itu merupakan kejayaan paling tinggi dan berprestij. Ke arah itu Kerajaan negeri Selangor melalui Majlis Sukan Negeri Selangor telah dan sentiasa melaksanakan program-program pembangunan sukan diperingkat akar umbi dan berprestasi tinggi di negeri Selangor ke peringkat kebangsaan. Ini bagi melahirkan atlet yang berpotensi untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi terutamanya mewakili negara Malaysia ke kejohanan-kejohanan yang lebih prestij sebagai contoh, Sukan Sea, komanwel, Sukan Asia seterusnya peringkat Olimpik. Majlis Sukan Negeri Selangor bertanggungjawab untuk menyediakan dan menggilap bakat-bakat muda dan berpotensi, selebihnya pihak Majlis Sukan Sukan Negara akan bertanggungjawab untuk mengilap dan meneruskan program persediaan atlet tersebut sehingga peringat tertinggi. Namun Kerajaan negeri sentiasa memberikan sokongan dan galakan kepada atlet-atlet yang berpotensi dalam untuk diketengahkan ke peringkat tertinggi. Ini termasuklah menyediakan skim insentif kemenangan kepada atlet yang telah mencapai kejayaan sebagai galakan kepada mereka. Antara atlet negeri Selangor yang telah mencapai tahap tertinggi dalam sukan adalah seperti :-
- Muhammad Ziyad bin Zulkifli – Olahraga Paralimpik
( Memenangi pingat Emas sukan Olimpik 2016 )
- Datuk Shahlin bin Zulkifli – Tenpin Bowling
(Memenangi Pingat Perak di Kejohanan Piala Dunia 1996 )
- Lee Hup Wei – Olahraga
(Penyertaan Sukan Olimpik 2008, 2012 & 2020)
- Farah Ann bin Abdul Hadi
(Penyertaan Sukan Olimpik 2020)