Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 April 2010 hingga 14 April 2010
219) SELANGOR KINI DAN TV SELANGOR
Tahun: 2010
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Dr Shafie Bin Abu Bakar
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Kerajaan Negeri menghadapi `Akhbar Hantu` yang memburukkan pimpinan dan Kerajaan Negeri Selangor?
- Aktiviti ini menyalahi undang-undang Akhbar berkenaan tiada nama penerbit mahupun lesen Kementerian Dalam Negeri. Ia adalah aktiviti haram. Tindakan undang-undang bermula dengan laporan polis akan
Berhubung dengan kandungan akhbar ini yang memburukkan pimpinan Kerajaan Negeri, kita akan perhebatkan penerangan dalam media milik kerajaan negeri melibatkan Selangor Kini yang sedang diusahakan kekerapannya daripada satu edisi sebulan kepada dua keluaran setiap bulan.
www.tvselangor.com juga akan mempertingkatkan bahan jawapan dan pembetulan mengenai laporan palsu dan fitnah oleh akhbar hantu berkenaan.
-
Sejauh manakah keberkesanan akhbar `Selangor Kini` di dalam menyebarkan maklumat dan menentang dakyah yang disebarkan oleh Akhbar Hantu?
- Aktiviti ini menyalahi undang-undang Akhbar berkenaan tiada nama penerbit mahupun lesen Kementerian Dalam Negeri. Ia adalah aktiviti haram. Tindakan undang-undang bermula dengan laporan polis akan
Berhubung dengan kandungan akhbar ini yang memburukkan pimpinan Kerajaan Negeri, kita akan perhebatkan penerangan dalam media milik kerajaan negeri melibatkan Selangor Kini yang sedang diusahakan kekerapannya daripada satu edisi sebulan kepada dua keluaran setiap bulan.
www.tvselangor.com juga akan mempertingkatkan bahan jawapan dan pembetulan mengenai laporan palsu dan fitnah oleh akhbar hantu berkenaan.
-
Sejauh manakah Selangor TV dapat menyebarkan maklumat kepada orang ramai?
- Lawatan atau hits TV Selangor semakin meningkat. Sejak usaha memperbaiki wajah dilakukan Oktober 2009, jumlah hits semakin bertambah seperti data berikut :
Januari 2010 : 5.14 juta lawatan
Februari 2010 : 10.5 juta lawatan
Mac 2010 : 13.8 juta lawatan