Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010
201) SELANGOR KE ARAH BEBAS HALANGAN OKU
Tahun: 2010
Sesi: 2
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Merujuk Ucapan Bajet 2010 (muka surat 39, 10 Nov 2009); ÒKerajaan Negeri komited terhadap pelaksanaan program Selangor Ke Arah Bebas Halangan OKU. Untuk itu, semua PBT di negeri Selangor adalah dikehendaki menyediakan kemudahan-kemudahan kepada OKU...Ó. Apakah sistem dan mekanisme pemantauan Kerajaan Negeri terhadap pelaksanaan program ini di peringkat PBT?
Sistem dan mekanisme pemantauan Kerajaan Negeri terhadap pelaksanaan program
Bebas Halangan OKU di PBT boleh dilihat dari segi penambahan dan penyediaan
kemudahan golongan (orang kurang upaya) OKU untuk pembangunan sedia ada
(existing) dan baru (future) serta tindakan penguatkuasaan terhadap kesalahan
meletakkan kereta di petak OKU yang dilaksanakan oleh PBT. Kerajaan Negeri telah
mensyaratkan setiap bangunan kerajaan sedia ada perlu menaik taraf kemudahan untuk
OKU seperti tandas, TLK dan sebagainya serta menyediakan kaunter khas lengkap
dengan pegawai bertugas untuk menyenangkan golongan OKU berurusan di kaunter.
Manakala bagi bangunan swasta, notis (arahan) kepada pemilik bangunan akan
dikeluarkan seperti pasar raya dan kawasan komersil agar menyediakan kemudahan
asas seperti tandas, TLK, ramp dan laluan pejalan kaki bertanda bagi kemudahan
golongan ini.
Bagi pembangunan baru, Pihak PBT perlu mengesyorkan kepada pemaju atau
pemohon untuk menyediakan kemudahan golongan OKU di bangunan-bangunan
swasta/ komersial dan awam dalam syarat pemberian kelulusan di peringkat pelan
kebenaran merancang (Jabatan Perancang) dan pelan bangunan (Jabatan Bangunan).
Pemantauan akan dibuat di peringkat CFO (Certificate of Fitness) atau CCC (Certificate
of Completion and Compliance). -
Apakah perancangan program dan program-program yang telah dilaksanakan menurut setiap PBT di seluruh Negeri Selangor sehingga Jun 2010?
Berikut adalah perancangan program dan program- program yang telah dilaksanakan
menurut setiap PBT di seluruh Negeri Selangor sehingga Jun 2010:
BIL PBT PROGRAM YANG DILAKSANAKAN
1. MPSJ Setiap Program Kemasyarakatan yang dianjurkan
oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya mengambil kira
penglibatan dari semua golongan termasuk Orang
Kurang Upaya (OKU). Program yang dianjurkan oleh
MPSJ adalah seperti Larian SJ 10K dan Majlis
Sumbangan Bantuan Kemiskinan Bandar.
2. MDKL “Karnival OKU Kuala Langat” yang dijangka akan
diadakan pada bulan Oktober 2010
Program Gotong-royong Penceriaan Pusat Pemulihan
Dalam Komuniti Telok Datok, Banting
Program bertemakan “Kau Dihatiku”
Bahagian Pembangunan Mampan MDKL juga
bertanggungjawab untuk menyelaras kemudahan
pelekat kenderaan OKU kerajaan Negeri Selangor.
Bermula dari bulan Mei 2009 sehingga kini sebanyak
79 pelekat kenderaan OKU telah dikeluarkan
3. MPKj Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Hulu Langat
menganjurkan aktiviti dengan kerjasama MPKj
seperti Karnival PDK 2010, dan Sukan Tahun 2010
PDK Kajang.
4. MDSB MDSB telah menyediakan Tempat Letak Kenderaan
OKU bagi cadangan-cadangan pembangunan baru di
Daerah Sabak Bernam.
5. MPSp Tiada Perancangan PBT untuk dilaksanakan
6. MBSA Penyediaan kemudahan OKU seperti ramp, lif, tandas
dan sebagainya
Perbincangan dengan persatuan OKU untuk program
yang dilaksanakan
Pengauditan kemudahan OKU di Wisma MBSA
Program Sukaneka dengan Warga OKU dengan
kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat7. MPK Kerja Naik taraf tandas OKU di Plaza MPK
Membina laluan ramp OKU di Dewan Meru, Klang
Utara dan Dewan Hamzah, Jalan Perbandaran Klang
Membina laluan ramp dan tandas OKU di Dewan
Teluk Pulai, Klang Selatan
Membina laluan ramp dan tandas OKU di Dewan
Pelabuhan Klang
Membina laluan ramp dan tandas OKU di Dewan
Pandamaran Jaya, Pandamaran
Membina laluan ramp dan tandas OKU di Dewan Kg.
Idaman, Pandamaran
8. MBPJ Projek Perintis Tempat Letak Kereta OKU
Berbumbung
Program Pembaikan Infrastruktur/Kemudahan Sedia
Ada Berkaitan Orang Kurang Upaya di Dewan
Sivik, Jalan Gasing, Jalan Othman, Taman
Jaya, Taman SS9 dan Taman Bandaran.
Bengkel Latihan Bahasa Isyarat Asas
Lawatan Secara Berkala Ke Pusat- Pusat Jagaan
Orang Tua dan Rumah Kanak-kanak Cacat
Corporate Social Responsibility (CSR) Bersama
Pihak Korporat/ Pemaju Bagi Penyediaan
Kemudahan OKU
Sambutan Hari Parkinson Sedunia
Dialog Bersama Persatuan OKU
Sambutan Hari OKU Sedunia
Bengkel Bandar Bebas Halangan Seksyen 13, PJ
9. MPAJ Tempat letak kereta dan papan tanda tempat letak
kereta OKU di Aras 1 dan 4, Menara MPAJ
Tandas OKU di Aras 4, Menara MPAJ
Laluan khas OKU di Aras 1 dan 4, Menara MPAJ
10. MPS Mempertingkatkan kemudahan untuk golongan OKU
di bangunan utama majlis dan kawasan- kawasan
awam.
11. MDHS Tiada maklumat yang diberi
12. MDKS Program di bawah Konsep Bandar Selamat -
Berapakah peruntukan ataupun unjuran peruntukan yang ditetapkan oleh setiap PBT sehingga Jun 2010?
Untuk makluman, tiada peruntukan ataupun unjuran khusus yang ditetapkan untuk
kemudahan OKU memandangkan setiap program atau aktiviti yang dirancang oleh PBT
melibatkan golongan dan penglibatan OKU secara langsung. Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa PBT yang menyediakan peruntukan bagi kerja- kerja menaik taraf
kemudahan OKU supaya dalam keadaan yang lebih baik dan selamat untuk digunakan.
Pihak PBT turut bertindak mencari penajaan dari pihak NGO, swasta dan sebagainya
bagi program- program yang dirancang dan penyertaan dari golongan OKU amat
menggalakkan .