Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021
263) SELANGOR INOVATION FUND
Tahun: 2021
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah dana yang telah digunakan untuk Selangor Innovation Fund?
Dalam pelaksanaan Selangor Innovation Fund, anak syarikat yang diberi tanggungjawab adalah Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB). Sejumlah RM30 juta telah diperuntukkan sebagai dana permulaan bagi pemantauan fasa pertama yang akan dilaksanakan secara berperingkat.
-
Apakah jenis inovasi yang telah Kerajaan Negeri luluskan dibawah Selangor Innovation Fund ini bagi tahun 2021?
Dalam tahun 2021 ini, beberapa buah syarikat pemula telah dikenal pasti dan dalam penilaian bagi meletakan sasaran sebagai syarikat yang boleh dilaburkan dan memberi pulangan serta keuntungan, nilai strategik dan inovasi yang pastinya membuka ruang penjanaan ekonomi kepada rakyat dan negeri Selangor. Contohnya ialah syarikat-syarikat pemula yang menggagaskan norma baru dalam aktiviti-aktiviti perolehan, pekerjaan dan kewangan yang mana kesemua aktiviti-aktiviti tersebut bersifat menyeluruh dan melibatkan pelbagai industri.