Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016
126) SELANGOR INFORMATION TECHNOLOGY DAN E-COMMERCE CENTRE (SITEC)
Tahun: 2016
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh manakah kejayaan SITEC dalam membantu golongan muda dalam IKS?
SITEC telah menganjurkan sebanyak 24 Kelas E-Dagang, 3 Persidangan Antarabangsa mengenai E-Dagang, 2 Bootcamp Startup, melatih 200 peniaga IKS dalam E-dagang dan melancarkan 220 Applikasi Telefon sejak penubuhannya 16 bulan lalu pada Jun 2016. Dalam pada itu, pusat Incubator iaitu Selangor Digital Creative Centre (SDCC) telah menyediakan ruang pertemuan untuk para peniaga, ruang co-working serta pengumpulan jumlah pengunjung iaitu lebih daripada 6,000 orang Pengusaha IKS dan dianggarkan 80% daripada mereka adalah terdiri daripada golongan
Salah satu contoh kejayaan SITEC adalah mengadakan Anugerah Peniaga E- Dagang Terbilang Malaysia (Top E-Commerce Award Malaysia) yang telah dianjurkan bersama oleh SITEC dan Mdec. Anugerah ini telah mencungkil sebanyak 70 Penjual E-Commerce yang layak menyertai pertandingan/anugerah ini dimana hampir kesemua adalah merupakan pengusaha IKS dari seluruh Malaysia dan Selangor khususnya.
Dalam pada itu, SITEC juga telah memberikan pengetahuan dalam bidang E- dagang melalui kelas-kelas, mempraktikkan E-Dagang dalam program Online- 100 dan Apps-100 yang membekalkan Apps dan memasarkan perniagaan di 4 Market Place utama iaitui Lazada, 11th Street, Logon dan Youbeli. Mereka juga boleh menyertai peluang memperluaskan hubungan perdagangan mereka melalui sidang-sidang E-dagang yang dianjurkan oleh SITEC.
-
Nyatakan jumlah golongan muda yang telah dibantu oleh SITEC mengikut daerah?
Jumlah pengusaha / peniaga atas talian yang telah dibantu oleh SITEC mengikut pecahan daerah seperti berikut;-
Daerah Jumlah Pengusaha / Peniaga
(%) Petaling 103 51.5 Hulu Langat 38 18.5 klang 34 16.5 Gombak 11 5.3 Kuala Langat 4 2 Kuala Selangor 2 1 Sepang 3 1.5 Hulu Selangor 3 1.5 Sabak Bernam 2 1 Jumlah 200 100 - Sumber : SITEC