Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

31) SELANGOR HAB KEWANGAN ISLAM

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bank-bank dan institusi-institusi kewangan Islam yang beribu pejabat di Selangor dan di manakah lokasi-lokasinya?

    Lebih kurang 21 buah bank dan institusi-institusi kewangan Islam yang terdapat di
    Malaysia dan kebanyakannya beribu pejabat di Kuala Lumpur. Kebanyakannya
    institusi-institusi kewangan Islam ini mempunyai cawangannya di Selangor. Ini
    kerana negeri Selangor menjadi lokasi pilihan utama ibu pejabat syarikat-syarikat
    dalam dan luar negara.
    *Senarai 18 bank-bank dan institusi-institusi kewangan Islam di
    Malaysia (Islamic Bank)
    1. Affin Islamic Bank Berhad
    2. Bank Islam Malaysia Berhad
    3. Al Rajhi Bank
    4. Alliance Islamic Bank
    5. AmIslamic Bank Berhad
    6. Asian Finance Bank Berhad
    7. Bank Muamalat Malaysia Berhad
    8. CIMB Islamic Bank Berhad
    9. EONCAP Islamic Bank Berhad
    10. Hong Leong Islamic Bank
    11. HSBC Amanah Malaysia Berhad
    12. Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad
    13. Maybank Islamic Berhad
    14. OCBC Al-Amin Head Office
    15. Public Islamic Bank Berhad
    16. RHB Islamic Bank Berhad
    17. Unicorn International Islamic Bank Malaysia Berhad
    18. Standard Chartered Saadiq Berhad

    *3 buah berstatus “International Islamic Bank”
    1. Al Rajhi Banking & Investment Corporation (Malaysia) Berhad
    2. Deutsche Bank Aktiengesellschaft
    3. PT, Bank Syariah Muamalat Indonesia
    Sebagai contoh Bank Islam mempunyai lebih kurang 16 cawangan di Selangor
    (cawangan di setiap daerah di Selangor). Begitu juga dengan bank islam
    antarabangsa seperti Al Rajhi Bank mempunyai 9 cawangan di negeri Selangor
    (Petaling Jaya, Ampang, Kajang, Kelana Jaya, Klang, Kota Damansara, Puchong,
    Shah Alam dan Subang Jaya) dan Kuwait Finance House mempunyai 3 cawangan
    di negeri ini (Shah Alam, Klang dan di LCCT hanya khidmat Bureau de Change).
    HSBC Amanah pula mempunyai 4 cawangan perbankan Islam. (Shah Alam, Bandar
    Utama, Ampang dan Bukit Tinggi Klang).
    *Sumber: Bank Negara Malaysia.

  2. Apakah peranan yang telah dilaksanakan oleh institusi-institusi ini untuk menjadikan Selangor sebagai hab kewangan Islam dan hab industri halal bertaraf dunia?

    Peranan yang dilaksanakan oleh institusi-institusi kewangan Islam ini yang
    berlandaskan syariah Islam amatlah penting dalam memberikan perkhidmatan modal
    pinjaman, simpanan dan transaksi kewangan untuk dalam dan luar negara kepada
    para pelabur tempatan dan antarabangsa.
    Sekali gus dengan wujudnya lebih banyak institusi kewangan di negeri ini
    memperkukuhkan kedudukan negeri ini sebagai hab kewangan Islam dan hab
    industri halal di negeri Selangor.
    Kerajaan Negeri Selangor melalui SSIC Berhad sering kali mengadakan pertemuan
    bersama dengan Institusi-institusi kewangan di Malaysia bagi mempromosikan
    peluang-peluang pelaburan di negeri Selangor bagi menarik lebih banyak institusiinstitusi ini beroperasi negeri Selangor.

  3. Sejauh mana usaha dan kajian telah dijalankan oleh Kerajaan bagi menjayakan impian Selangor sebagai hab akuakultur moden, hab pendidikan tinggi dan sekolah swasta serta hab industri solar?

    Jawatankuasa Mengkaji Soalan Dewan yang bermesyuarat pada 24 Jun 2010
    telah menolak soalan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.