Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
140) SELANGOR GREATER KLANG VALLEY
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Puan Pua Pei Ling
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perkembangan terkini terhadap Selangor Greater Klang Valley (SGKV) yang diumumkan pada tahun 2023?
Pejabat Urus Setia Sementara Selangor Greater Klang Valley (SGKV) telah melantik juru perunding bagi penyediaan Blueprint SGKV 2035 dan Penggubalan Enakmen SGKV. Kedua-dua dokumen ini dijangka dimuktamadkan pada suku tahun keempat 2025.
-
Apakah fokus utama Kerajaan Negeri dalam pembangunan dan perancangan SGKV?
Fokus Utama Kerajaan Negeri bagi pembangunan dan perancangan SGKV adalah seperti berikut:
- Penggabungan Pentadbiran
Menyelaras dasar dan strategi pentadbiran bagi empat (4) PBT berstatus Bandaraya iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK);
2. Peningkatan Infrastruktur
Meningkatkan hubungan komunikasi dan jaringan pengangkutan bagi menjamin kesejahteraan ekonomi serta sosial komuniti yang mampan;
3. Pemudah cara aktiviti perniagaan
Menyelaras pelaksanaan inisiatif penambahbaikan kepada proses dan prosedur semakan serta kelulusan bagi menjadikan SGKV kompetitif terutamanya dari segi ease of doing business; dan
4. Perancangan Bandar Mampan
Mewujudkan satu kawasan pembangunan metropolis yang mampan, berdaya saing serta berdaya huni.
-
Sejauhmanakah Kerajaan Negeri melibatkan penduduk setempat dan NGO dalam perancangan SGKV?
Antara pendekatan yang diambil oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi melibatkan penduduk setempat dan NGO di dalam perancangan Selangor Greater Klang Valley (SGKV) adalah seperti berikut:
- Sesi Libat Urus
Sehingga Disember 2024, Pejabat Urus Setia Sementara SGKV telah melaksanakan tiga belas (13) sesi libat urus den perbincangan bersama pemaju, NGO, Agensi Teknikal dan penduduk setempat bagi membincangkan isu-isu utama dalam perancangan pembangunan. Sesi tersebut bertujuan untuk mendapatkan pandangan dan cadangan di dalam penyediaan Blueprint SGKV 2035.
2. Penyelidikan dan Pengumpulan Data
Pejabat Urus Setia Sementara SGKV sedang mengenalpasti kawasan bagi penyediaan projek flagship yang merangkumi kajian terhadap meningkatkan rangkalan pengangkutan awam yang bersepadu dan pembaharuan semula bandar. Untuk itu, kerjasama dan penglibatan bersama pihak NGO dan golongan profesional yang mempunyai pengalaman dalam penyelidikan lapangan telah diadakan bagi mengumpul data dan maklumat dalam penyediaan projek tersebut terutamanya dalam memahami keperluan penduduk setempat.