Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

10) SELANGOR FUTURE CUP

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kejohanan E-Sport Selangor Future Cup akan dilaksanakan di Negeri Selangor?

    Sukan Elektronik atau lebih dikenali sebagai E-Sport ini menjadi satu topik yang hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia terutama di Selangor selepas kejayaan pasukan SRG menjuarai Mid Season Cup MLBB di Riyadh pada tahun lepas. Kerajaan Negeri Selangor memandang serius pembangunan E-Sport ini dan telah menganjurkan Selangor Cybergame semenjak tahun 2014. Oleh sebab itu, bagi meneruskan kesinambungan pembangunan sukan ini, Kerajaan Negeri akan mengadakan Kejohanan E-Sport Selangor Future Cup yang dijadualkan berlangsung pada 22 dan 23 Februari ini di Aeon Mall, Seksyen 13, Shah Alam.

    Untuk makluman, Jawatankuasa Tetap Pembangunan Belia dan Kemajuan Sukan melalui agensi pelaksana Majlis Sukan Negeri Selangor telah berkerjasama erat dengan Selangor Red Giant Sdn. Bhd. dan Todak Academy bagi penganjuran buat kali pertama tahun ini. Kejohanan ini akan melibatkan sekolah – sekolah di Negeri Selangor meliputi 64 pasukan yang bertanding bagi merebut hadiah keseluruhan yang bernilai RM200,000.00. Bagi permulaan, pertandingan hanya menggunakan 1 jenis permainan iaitu Mobile Legend Bang Bang.

  2. Adakah ianya akan meliputi setiap daerah di Negeri Selangor dan tidak terhad hanya pada satu daerah sahaja?

    Kejohanan E-sport Selangor Future ini juga telah mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang melibatkan sekolah-sekolah yang berminat di seluruh Negeri Selangor. Selepas kejohanan ini, program pengukuhan ekosistem E-Sport akan diteruskan dan dikembangkan ke sekolah-sekolah disetiap daerah di Negeri Selangor bagi membuka ruang kepada bakat-bakat baru dan memberi gambaran positif kepada industri ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.