Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
26 Mac 2018 hingga 28 Mac 2018
163) SELANGOR FRUITS VALLEY (SFV)
Tahun: 2018
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Shahrum Bin Mohd Sharif
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan pecahan perbelanjaan bagi penjenamaan semula SFV.
Aktiviti di SFV adalah Agro-Tourism dan Ladang Buah. Perbelanjaan yang terlibat bagi penjenamaan semula SFV adalah seperti berikut:
Bil
Jenis Belanja
2016 2017 Jumlah RM Juta
Peratus RM Juta
Peratus RM Peratus % % Juta % A. Agro-Tourism i. Pembangunan 1.69 62 2.51 83 4.2 68 ii. Pembelian Aset 1.04 38 0.91 17 1.95 32 Jumlah 2.73 100 3.42 100 6.15 100 B. Ladang Buah i.
Pembangunan (kawasan pokok buah belum matang) 0.57
60
0.93
79
1.5
71
ii. Pembelian Aset 0.39 40 0.24 21 0.63 29 Jumlah 0.96 100 1.17 100 2.13 100 JUMLAH (A+B) 3.69 4.59 8.28 -
Nyatakan jumlah pendapatan SFV pada tahun 2017.
SFV memperolehi pendapatan melalui 2 aktiviti iaitu Agro-Tourism dan Ladang Buah. Pecahan pendapatan SFV bagi tahun 2017 adalah seperti berikut :-
BIL BUTIRAN AMAUN 1. Agro Tourism (Julai – Disember 2017) 172,150 2. Ladang Buah (Januari – Disember 2017) 2,077,850 Jumlah 2,250,000 -
Apakah pencapaian terbaik SFV pada 2017?
SFV adalah produk pelancongan baru bercirikan agro-tourism yang semakin berkembang dan dikenali ramai dengan menawarkan pelbagai tarikan seperti pakej mesyuarat, litar basikal mountainbike, ‘petting zoo’, rumah kampung, laman herba dan lain-lain lagi . Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan SFV boleh melayari laman sesawang pkps.gov.my atau menghubungi talian 03-32720019/20. Sejak ianya dibuka kepada orang ramai iaitu selepas dirasmikan pada 8 Julai 2017 oleh Y.A.B. Dato’ Seri Mohammed Azmin Bin Ali, Y.A.B. Dato Menteri Besar Selangor, SFV telah melakar pencapaian terbaik 2017 seperti berikut :-
- Mencapai jumlah kunjungan pelancong tertinggi dalam satu hari seramai 1,300 orang pada 19 November 2017 ( Ahad ).
- Mencapai pengunjung ke 25,000 orang pada 30 November 2017 iaitu hanya selepas 6 bulan ianya dilancarkan. Kini dalam misi mendapatkan pengunjung yang ke 50,000 yang akan di perolehi sekitar bulan Mei 2018
- Menerima anugerah ‘Gold Award Agro Tourism Experience 2017’ daripada Malaysia Tourism Coucil pada 20 November
- Keuntungan SFV bagi tahun 2017 adalah sebanyak RM570,000.00 berbanding tahun 2016 sebanyak RM40,000.00
- Membantu usahawan tani SFV dari aspek nasihat dan kepakaran teknikal sehingga mereka berjaya mencapai jualan kasar sebanyak RM8 juta setahun.