Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
310) SELANGOR FRUIT VALLEY
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Sallehen Bin Mukhyi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah hasil yang dikeluarkan untuk tahun 2023 berbanding 2022?
Secara keseluruhan, prestasi jumlah pengeluaran hasil tanaman SFV menunjukkan peningkatan pada tahun 2023 berbanding tahun 2022 seperti berikut:
-
Berapa peratus yang dipasarkan di pasaran domestik berbanding antarabangsa?
Untuk makluman, hasil pengeluaran SFV dipasarkan melalui dua kaedah pasaran iaitu :
i. Pasaran Domestik : Hampir 85 % hasil pengeluaran SFV di jual ke pasaran domestik melalui jualan terus kepada pemborong – pemborong tempatan. Selain itu juga, hasil pengeluaran SFV juga di pasarkan ke Outlet – Outlet milik PKPS serta di Program Jelajah Jualan Ehsan Rahmah.
ii. Pasaran Antarabangsa : Anggaran 15% hasil pengeluaran SFV di pasarkan ke pasaran antarabangsa melalui syarikat – syarikat trading seperti Asyura Tranding Sdn Bhd dan FAMA. Antara jenis hasil yang dipasarkan ke pasaran antarabangsa ialah Nangka dan Belimbing.