Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

13) SELANGOR FREELANCE

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pekerjaan

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan dapat menerangkan dengan lebih terperinci tentang Selangor Freelance?

    Inisiatif Selangor Freelance merupakan satu program khusus untuk rakyat Selangor yang ingin meningkatkan bakat dan kemahiran yang ada dan menjana pendapatan melalui Digital GIG Economy. Ramai rakyat Selangor terkesan hasil daripada pandemik covid-19 dan kadar pengangguran meningkat sehingga 4.8 peratus pada Jun 2021. (Ucapan Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-14).

    Program Selangor Freelance ini diwujudkan untuk memberi kesedaran kepada rakyat Selangor menceburi kemahiran mereka di bawah Digital Gig Economy serta mengurangkan peratusan pengangguran di Selangor. Ekonomi GIG merupakan aplikasi terkini yang memberi kebebasan kepada individu untuk menjalani kontrak tanpa perlu menggajikan pekerja sepenuh masa. Inisiatif Selangor Freelance dilaksanakan oleh Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) dengan kerjasama Workana.

    Didalam insiatif ini, Workana merupakan sebuah platform freelancing yang akan menawarkan sebanyak lima ribu (5000) peluang latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerjaan bebas digital. Workana ditubuhkan pada tahun 2012 dan Ia merupakan salah satu platform freelance pertama di Latin America. Workana juga pernah berkolaborasi dalam Program eRezeki.

    Inisiatif ini tertumpu kepada rakyat Selangor yang berumur lapan belas tahun ke atas yang kehilangan pekerjaan, graduan yang tidak dapat mencari pekerjaan dan suri rumah yang ingin mencari pendapatan alternatif. Rakyat Selangor yang ingin menceburi boleh daftarkan diri di laman web https://selangor.workana.com/ dengan mengisi nama, email address dan nombor telefon. Di platform Workana, peserta akan mengisi maklumat lengkap semasa pendaftaran seperti kemahiran dan sektor yang berkait dan akan melalui beberapa latihan yang disediakan seperti prinsip pekerjaan freelance, memahami dan mengira kos dan maklumat berkenaan sesebuah projek dan menyusun masa dan jadual untuk melengkapkan sesebuah projek.

    Kerajaan Negeri Selangor akan memberikan insentif tunai bernilai RM400 kepada peserta yang berjaya melepasi latihan. Inisiatif ini dapat memberi semangat kepada para peserta untuk meneruskan dan mampu menyaingi peserta lain di masa akan datang. Latihan ini akan dikira sebagai ‘’one complete 5-star project’’ dan akan dipaparkan di dalam profil masing-masing. Ini dapat meningkatkan lagi keyakinan klien untuk memilih para peserta.

  2. Apakah sektor pekerjaan yang terlibat di dalam program tersebut?

    Terdapat lapan (8) sektor pekerjaan yang terlibat dalam program Selangor Freelance iaitu:

    • IT dan Pengaturcaraan
    • Reka bentuk dan Multimedia
    • Penulisan dan Penterjemahan
    • Jualan dan Pemasaran
    • Sokongan Pentadbiran
    • Penasihat undang-undang
    • Kewangan dan Pengurusan
    • Kejuruteraan dan Pembuataan

     

     

  3. Adakah Kerajaan dapat menyenaraikan Syarikat Anak Kerajaan Negeri yang akan terlibat di dalam program tersebut?

    Soalan (a) dan c) dijawab bersekali.

Lampiran

Tiada Lampiran.