Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
236) SELANGOR FC
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Jefri Bin Mejan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah peruntukan yang diberikan kepada pasukan bola sepak Selangor FC daripada Kerajaan Negeri?
Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukan dana sebanyak RM10,000,000.00 setahun untuk Pembangunan Bola Sepak Negeri Selangor di bawah Program Pembangunan (Vot P01) bagi tahun 2021 hingga 2025 melalui Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK-12). Perincian seperti berikut:
TAHUN JUMLAH PENYALURAN
(RM)
2021 10,000,000.00
2022 10,000,000.00
2023 10,000,000.00
2024 10,000,000.00
2025 10,000,000.00
-
Berapakah peruntukan yang disediakan Kerajaan Negeri bagi menyediakan pemain pelapis bawah 18 bola sepak Selangor bagi tahun 2020 hingga 2024?
Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan sejumlah RM 10 juta kepada pengurusan pasukan Bolasepak Selangor FC bagi memastikan program pembanguan sukan bolah sepak di negeri Selangor berjalan dengan baik. Berdasarkan peruntukan tahunan tersebut pihak Selangor FC telah memperuntukkan sebanyak RM 4.5 juta setiap tahun sejak 2020 sehingga 2024 untuk pengurusan pasukan Bawah-18 tahun Selangor. Ianya melibatkan persediaan pasukan akademi Selangor (bawah13 – 17 tahun) bagi menyertai kejohanan anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) juga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Penyertaan tersebut sebagai pendedahan demi pembangunan pemain-pemain pelapis Selangor bawah 18 tahun untuk bermain dengan pasukan utama merangkumi Liga Piala Presiden hinggalah ke Liga Super Selangor. Disamping itu juga pihak Persatuan giat menjalankan program-program pemerkasaan terhadap pengurusan pasukan dan kejurulatihan.
Melalui peruntukan tersebut Persatuan Bolasepak Selangor juga telah menganjurkan Penganjuran Liga Belia FAS. Sebanyak RM 150,000 dana dari pihak Kerajaan Negeri Selangor telah digunakan setiap tahun bagi menjalankan program pembangunan Liga Belia FAS (U18) bermula dari tahun 2022 sehingga 2024. Liga Belia Selangor telah melibatkan penyertaan seramai 1,184 pemain dari seluruh negeri Selangor dalam sepanjang 16 minggu (4 bulan) dan sebanyak 127 perlawanan kompetitif telah dianjurkan bagi memastikan pemain-pemain muda ini mendapat minit permainan yang secukupnya.
Selain itu penganjuran Liga Junior FAS juga telah dijalankan dengan memperuntukan sebanyak RM80,000 setiap tahun bagi pihak Persatuan menjalankan program pembangunan Liga Remaja U17/U16 (Westports FAS Junior League) dengan kerjasama badan swasta. Program ini pula menghimpun sebanyak lebih dari 1,024 setiap tahun dan melihat penganjuran perlawanan kompetitif (Westports FAS Junior League) 126 perlawanan sepanjang 12 minggu.
Dan yang terakhir peruntukan digunakan untuk penganjuran Champions League, Liga Super, Perdana, Divisyen 1 dan Divisyen 2. Bagi penganjuran kategori dewasa dan terbuka, FAS memperkenalkan polisi memainkan pemain muda, berumur 16-19 tahun bagi setiap kelab yang bertanding. Setiap pasukan wajib mendaftarkan sekurang-kurangnya 5 orang pemain bawah umur ini serta wajib memainkan sekurang-kurangnya seorang pemain bawah umur ini sepanjang masa.
Polisi ini telah memberi pendedahan yang tinggi kepada pemain-pemain yang terbaik untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Polisi ini telah melihat seramai 400 pemain yang dianggap yang terbaik menjalani suasana pengalaman yang sangat kompetitif bersaingan dengan pemain yang lebih berpengalaman dan senior seperti bekas-bekas pemain professional.