Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014
161) SELANGOR DESTINASI PELABURAN UTAMA
Tahun: 2014
Sesi: 2
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan Negeri dalam memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa Selangor merupakan destinasi pelaburan yang kondusif?
Tindakan Kerajaan Negeri dalam memberi keyakinan kepada pelabur asing bahawa Selangor merupakan destinasi pelaburan yang kondusif seperti berikut;-
- Mengadakan pertemuan dengan wakil – wakil kedutaan dan dewan – dewan perniagaan asing di Malaysia.
- Mengadakan sesi dialog dan pertemuan dengan pihak syarikat, pertubuhan – pertubuhan perniagaan tempatan.
- Mengadakan kunjungan hormat ke syarikat – syarikat yang beroperasi di Negeri Selangor.
- Mengadakan mesyuarat IPMC disetiap PBT sebagai medium bagi PBT dan jabatan-jabatan teknikal yang berkaitan membantu pihak industri menyelesaikan isu – isu yang dihadapi.
-
Bagaimanakah prestasi semasa Selangor sebagai destinasi pelaburan utama Malaysia?
Bagi tempoh Januari hingga Mac 2014, Selangor mencatatkan jumlah pelaburan ketiga tertinggi dengan nilai pelaburan berjumlah RM 1,979,375,264 (RM 1.98 bilion)
Negeri Projek Peluang Pekerjaan Pelaburan Tempatan (RM) Pelaburan Asing (RM Modal Pelaburan
(RM)
Sarawak 6 1,334 245,603,630 7,076,764,321 7,322,367,951 Kedah 10 3,009 42,667,310 3,962,490,200 4,005,157,510 Selangor 58 4,876 986,591,910 992,783,354 1,979,375,264 Johor 37 3,859 711,071,739 587,233,161 1,298,304,900 Penang 36 3,867 587,534,472 243,980,171 831,514,643 Sabah 9 418 503,620,806 17,224,580 520,845,386 Perak 7 462 460,459,032 0 460,459,032 Negeri Sembilan 10 435 229,120,561 115,591,647 344,712,208 Pahang 2 106 148,653,971 8,105,272 156,759,243 Terengganu 3 216 39,962,561 78,350,665 118,313,226 Melaka 5 80 21,930,066 31,855,000 53,785,066 W. P. Kuala Lumpur 1 15 11,420,000 0 11,420,000 W. P. Labuan 0 Kelantan 0 Perlis 0 Belum Ditentukan
0 Jumlah 184 18,677 3,988,636,058 13,114,378,371 17,103,014,429 Sumber : MIDA