Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

377) SELANGOR BUSINESS SUMMIT

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Muhammad Izuan Bin Ahmad Kasim

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kos yang telah digunakan bagi mengadakan program berkenaan?

    Bagi penganjuran program Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2024, sebanyak Ringgit Malaysia Empat Belas Juta Tujuh Ratus Dua Ribu Tiga Ratus Lima dan Dua Puluh Dua Sen (RM14,702,305.22 juta) telah dibelanjakan.

  2. Berapakah jumlah transaksi yang telah berjaya dihasilkan mengikut tahun sepanjang program ini dijalankan?

    Program Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) ini telah diadakan mulai tahun 2015 dan jumlah potensi transaksi yang direkodkan mengikut tahun sepanjang program ini diadakan seperti berikut.

     

  3. Adakah kerajaan merancang untuk memperhebatkan lagi program berkenaan?

    Bagi penganjuran Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) akan datang, Kerajaan Negeri akan terus membuat penambahbaikan dari segi penglibatan sektor industri utama iaitu industri otomotif, rel, dan semikonduktor. Selain itu, SIBS 2025 juga akan turut memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan ekosistem sektor perindustrian terutamanya dalam pembangunan sumber manusia, inovasi, teknologi AI dan robotik dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.  Di samping itu, bersempena dengan perlantikan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN bagi tahun 2025, program SIBS 2025 juga bakal membawa agenda selari iaitu memperkuatkan kolaborasi serantau.

Lampiran

Tiada Lampiran.