Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

126) SELANGOR BUSINESS CAPITAL (SBC)

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status rancangan pembangunan SBC?

    Buat masa ini, pembangunan Selangor Business Capital adalah di dalam peringkat kajian ‘masterplan’ (pelan induk) sebelum proses penyediaan pelan Kebenaran Merancang untuk kelulusan pihak majlis tempatan. Satu majlis ‘softlaunch’ akan diadakan dalam suku kedua tahun ini untuk mempromosi dan memperkenalkan pembangunan ini kepada pelabur-pelabur berpotensi.

     

  2. Adakah Kerajaan mendapat sebarang pelaburan atau komitmen pelabur baru untuk inisiatif SBC?

    Dokumen ‘RFiP’ sedang disediakan dan akan dibuka kepada mana-mana pelabur yang berminat untuk membuat pelaburan bagi pembangunan Selangor Business Capital selepas majlis ‘softlaunch’ diadakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.