Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
147) SELANGOR BUSINESS CAPITAL
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pelaburan
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status terkini Kebenaran Merancang dan berapakah jumlah dana yang telah disediakan oleh PKNS untuk melaksanakan projek Selangor Business Capital di Selangor Cyber Valley, Sepang?
Selangor Business Capital (SBC) merupakan sebuah pembangunan komersial bersepadu yang memerlukan komitmen kewangan yang tinggi serta pengalaman yang luas di dalam pembangunan seumpamanya dan PKNS akan melaksanakannya secara usahasama. Justeru, PKNS telah mengambil pendekatan mengenalpasti dan selanjutnya telah mengadakan rundingan bersama beberapa pelabur/pemaju swasta berprofil tinggi bagi tujuan mengkaji potensi kerjasama di dalam pembangunan tersebut.
PKNS dalam proses memperincikan strategi pelaksanaan dan komponen pembangunan yang mana kos pembangunan akan dimuktamadkan selepas segala perincian selesai.