Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
04 Julai - 05 Julai 2024, 09 Julai - 12 Julai 2024 & 15 Julai - 18 Julai 2024 (Khamis - Jumaat, Selasa - Jumaat & Isnin - Khamis)
154) SELANGOR BIO BAY
Tahun: 2024
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Muhammad Hilman Bin Idham
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah status kemajuan bagi projek Selangor Bio Bay? Apakah benar projek ini tidak akan diteruskan dan apakah alasannya?
- Central Spectrum (M) Sdn. Bhd. (CSSB) sedang menyediakan pelan kajian terperinci untuk kerja-kerja infrastruktur untuk pembangunan akan datang.
- Kerja-kerja ini melibatkan kerja infrastruktur utama untuk menaik taraf bekalan air dari punca utama bekalan air di Bukit Lipat Kajang (BLK) Klang ke SBB Pulau Indah. Kos anggaran sebanyak RM 300 juta diperlukan untuk pembinaan jajaran palp air, masuk utama baru sepanjang 27km. Kajian terperinci perlu dijalankan untuk leblh optimum dan dapat mengurangkan kos pembinaan disamping akan dikemukakan kepada pihak berkuasa untuk kelulusan agar kerja pembinaan boleh dimulakan di tapak.
- Pihak CSSB sedang membuat kajian semula pembangunan asal SBB dan sedang dalam kajian terperinci untuk pembangunan semula (replanning) bagi baki tanah yang belum dibangunkan di SBB.
- Kajian semula pembangunan asal SBB perlu dilakukan semua atas faktor kos pembinaan dan juga permintaan pelabur terkini. Ini melibatkan kos-kos infrastruktur serta komponen-komponen seperti tanah industri, perumahan, komersial dah juga kemudahan awam yang telah dirancang sebelum ini. Kajian awal yang dijalankan mendapati kos pembinaan telah meningkat dengan ketara, dan permintan pelabur juga telah berubah berdasarkan pembangunan ekonomi serantau. ‘Value Engineering” dan analisis keperluan pelanggan “Customers’ Needs” perlu dilakukan dan dikaji semula untuk memastikan projek ini “viable” dah dapat memberi pulangan yang positif kepada syarikat khususnya dan kepada Negeri Selangor secara amnya. CSSB juga sedang mengkaji untuk membangunkan keseluruhan SBB secara usahasama dengan pelabur-pelabur yang berminat.