Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

160) SELANGOR AVIATION SHOW 2022

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah keseluruhan pembiayaan Selangor Aviation Show 2022? Nyatakan secara terperinci kos program tersebut.

    Jumlah keseluruhan pembiayaian Selangor Aviation Show 2022 adalah sebanyak RM 4,522,740.00 melalui peruntukan dibawah Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan dan Industri Kecil & Sederhana (IKS) Negeri Selangor.

     

    Perincian kos penganjuran program pameran yang diadakan seperti berikut:

    Bil.

    Butiran Perbelanjaan

    Jumlah Perbelanjaan (RM)

    1. Promosi & Pengiklanan:

    –      Media Cetak / Digital / Tajaan Program / Bahan-bahan Promosi

     

    RM 1,702,413.00

    2. Kos Operasi:

    –      Penyediaan Tapak Acara / Infra

    –      Program Pelancaran

    –      Operasi Pameran / Pembekal

     

    RM 2,034,905.00

    RM      61,781.00

    RM    718,023.00

    3.  

    Kos Pentadbiran / Dokumentasi:

     

    RM        5,618.00

    JUMLAH

    RM 4,522,740.00

Lampiran

Tiada Lampiran.