Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

77) SELANGOR AVIATION SHOW

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah nilai pelaburan yang diraih oleh Kerajaan Negeri hasil dari penganjuran Selangor Aviation Show 2021?

    Selangor Aviation Show (SAS 2021) telah diadakan pada 25 November 2021 hingga 27 November 2021 bertempat di Subang Skypark RAC, Lapangan

    Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, Selangor.
    Program pameran yang julung kalinya diadakan ini telah menarik minat 47 syarikat yang terdiri daripada 40 syarikat tempatan dan sebanyak 7 syarikat dari luar negara. Syarikat – syarikat ini merupakan syarikat yang terlibat dalam industri aero angkasa secara langsung dan penyedia perkhidmatan sokongan dalam industri tersebut. Syarikat dari luar negara yang terlibat dalam pameran ini adalah daripada Perancis, Brazil, Switzerland, USA, Italy dan Turki.

    Program pameran selama 3 hari ini telah berjaya menarik kehadiran seramai 4,987 orang pengunjung dimana seramai 3,301 adalah pengunjung daripada syarikat perniagaan dan seramai 1,686 pengunjung awam.

    Sebanyak RM 100 juta nilai pelaburan telah diraih hasil dari penganjuran Selangor Aviation Show 2021 ini. Nilai pelaburan tersebut merupakan projek pengembangan operasi oleh Execujet MRO Services (anak syarikat Dassault Aviation) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang merupakan seliaan dibawah Malaysia Airports Holdings Berhad.

Lampiran

Tiada Lampiran.