Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021
23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021
41) SELANGOR ADVANCE
Tahun: 2021
Sesi: 1
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan syarikat serta nilai yang telah diterima secara terperinci bantuan tersebut.
Program Selangor Advance bermula Julai 2020 terbuka kepada pembekal dan penyedia perkhidmatan yang berurus niaga dengan pihak kerajaan, termasuk agensi dan kumpulan syarikat kerajaan (GLC) dan pihak swasta yang terpilih berdasarkan konsep pembiayaan invois patuh syariah.
Sejak dilancarkan pada Julai 2020 sehingga Julai 2021 hampir 1,000 buah syarikat telah berdaftar dan hampir 300 buah syarikat yang telah diluluskan permohonannya. Senarai syarikat yang menyertai dalam program ini tidak dapat didedahkan kerana ianya tertakluk di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) serta syarat-syarat dan terma yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Dana modal yang disalurkan untuk Program Selangor Advance adalah RM100 juta dalam Pakej Rangsangan Selangor pertama pada April 2020, dengan tambahan RM200 juta dalam Pakej Kita Selangor 2.0 seperti yang diumumkan oleh YAB Dato Menteri Besar Selangor pada Jun 2021. Setakat ini, jumlah pembiayaan yang telah disalurkan kepada syarikat-syarikat yang berjaya adalah berjumlah RM100 juta.