Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

358) SEKURITI MAKANAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Abbas Salimmi Bin Che Adzmi @ Azmi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah usaha kerajaan bagi memastikan keterjaminan makanan dan sekuriti makanan di dalam Negeri Selangor?

    Usaha Kerajaan bagi mempastikan keterjaminan makanan dan sekuriti makanan di dalam Negeri Selangor adalah melalui perlakasanaan Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) yang merangkumi pekara-perkara berikut :-

    1. Pertanian Bernilai Tinggi (High Value Product)
    2. Permodenan Pertanian (Agriculture Modernization)
    3. Rantaian Bekalan Makanan Lengkap (Complete Supply Chain)
    4. Pembangunan Agropreneur (Agropreneur Development) dan
    5. Agro Pelancongan (Agro Tourism)

    Objektif PeTA adalah seperti berikut :-

    1. Produktiviti – meningkatkan jumlah hasil pengeluaran dan secara langsung meningkatkan jaminan bekalan makanan atau self sufficiency levels (SSL)
    2. Ekonomi – meningkatkan sumbangan kepada nilai KDNK sektor pertanian (makanan) Negeri Selangor
    3. Modal Insan – mewujudkan peluang sumber pendapatan khususnya kepada golongan muda serta menyediakan latihan dan bimbingan secara hands-on kepada mereka yang berminat

    Bagi pelaksanaan PeTA ia telah dipecahkan kepada 9 kluster iaitu:-

    1. Agro Prihatin – bagi pengurusan lambakan hasil pertanian dan pemberian bantuan/insentif kepada golongan petani, penternak, nelayan dan Industri Asas Tani
    2. Agro Komuniti – iaitu Program Agro Bandar dan Kebun Komuniti, Agro Siswa dan Agro Sekolah
    3. Agro Centre Of Excellence (ACE) – meningkatkan kajian dan pelaksanaan untuk mengeluarkan benih tanaman, baka ternakan dan akuakultur serta kajian bagi mengurangkan kos makanan ternakan serta penghasilan input-input tanaman yang bersifat mesra alam
    4. Agropreneur Selangor – mewujudkan lebih ramai agropreneur, Program Ikon Selangor dan pendaftaran agropreneur
    5. Agro Pelancongan – galakan untuk mewujudkan lebih banyak lokasi agro pelancongan berasaskan projek-projek pertanian yang sedia ada sebagai pendapatan tambahan kepada pengusaha dan melaksanakan program-program promosi lokasi pertanian
    6. Maju Agro Selangor – program meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan agroprenuer, membina dan menaik taraf prasarana berkaitan sektor pertanian
    7. Agro Niaga – mewujudkan lebih banyak pusat-pusat pengumpulan yang lengkap, promosi hasil segar dan proses di dalam dan luar negara, mewujudkan lokasi-lokasi jualan secara terus kepada pengguna seperti Selangor Agro Market (SAM) dan Program Agro Ehsan
    8. E-Agro – pusat pengumpulan data-data pertanian seperti kawasan yang sedang diusahakan dengan projek pertanian, jumlah pengusaha sektor pertanian makanan segar dan proses serta maklumat tanah-tanah pertanian milik Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikat yang berpotensi untuk dimajukan. Penyediaan borang-borang permohonan insentif pertanian dan pendaftaran agroprenuer secara atas talian
    9. Smart Selangor Agro Park (SSAP) dan Smart Selangor Agro Farm (SSAF) – pembukaan lebih banyak kawasan-kawasan pertanian makanan berteraskan Dasar PeTA.

    Insyallah kerterjaminan makanan dan sekuriti makanan di dalam Negeri Selangor akan terjamin melalui pelaksanaan Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA).

Lampiran

Tiada Lampiran.