Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
20 Oktober hingga 24 Oktober 2008 dan 28 Oktober hingga 29 Oktober 2008
61) SEKTOR PERTANIAN
Tahun: 2008
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Yap Ee Wah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sektor pertanian merupakan salah satu punca pendapatan utama penduduk Sepang dan sebagai sumbangan kepada pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor. Adakah Kerajaan Negeri Selangor sedia memberi baja kepada pekebun kelapa sawit dan pekebun ubi kayu dan ubi keledek di Negeri Selangor?
JAWAPAN DARIPADA JABATAN PERTANIAN
Kerajaan Negeri Selangor melalui Jabatan Pertanian tidak menyediakan bantuan baja
bagi tanaman kelapa sawit buat masa ini dan hanya menyediakan khidmat nasihat
terutama berkaitan serangan musuh perosak. Bagi petani yang mengusahakan
tanaman keledek dan ubi kayu, Jabatan Pertanian menyediakan bantuan dalam bentuk
pakej amalan teknologi seperti bahan input baja, racun dan juga penyediaan
infrastruktur asas. -
Berapakah jumlah peruntukan diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor bagi memperbaiki sistem perparitan dan jalan-jalan di kebun-kebun kelapa sawit dan kebun ubi kayu dan keledek di Negeri Selangor?
JAWAPAN DARIPADA JPS
Peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk tahun 2008 bagi Kerjakerja pembaikan Sistem Saliran Pertanian jumlah keseluruhannya ialah sebanyak RM
3,450,000.00, untuk daerah Sepang pula diperuntukkan sebanyak RM 550,000.00. Bagi
Kerja-kerja Pembaikan Jalan-jalan Ladang jumlah peruntukan keseluruhannya sebanyak
RM 1,500,000.00, untuk daerah Sepang diperuntukkan sebanyak RM 300,000.00MAKLUMAT TAMBAHAN
Kerja-kerja membaikpulih sistem perparitan dan jalan-jalan ladang yang menggunakan
peruntukan Kerajaan Negeri sepanjang Tahun 2008 adalah :-
1. Membina sebuah kunci air, jalan ladang, benteng sungai, pembentung kekotak dan
kerja-kerja lain yang berkaitan di kawasan saliran Tg. Mas/Sg. Pelek, Daerah
Sepang
2. Kerja-kerja mengorek dan mencuci saliran Kg. Selangor, Dredging, Dengkil.
3. Menaiktaraf tebing kiri parit saliran Kg. Pulau Meranti, Dengkil.
4. Menaiktaraf tebing kanan parit saliran A, Mukim Dengkil.
5. Kerja-kerja mengorek dan mencuci saliran utama pasang flap gate, Jenderam Hilir,
Dengkil
6. Menaiktaraf saliran membina pembentung bulat di Lot 23, Kg. Sri Tanjung, Dengkil.
7. Menaiktaraf saliran bina pembentung di Lot 27, Kg. Sri Tanjung, Dengkil.
8. Menaiktaraf jambatan kayu No. 4, kawasan saliran, Kg. Sri. Tanjung, Dengkil.
9. Kerja-kerja mengorek dan mencuci saliran Kg. Sri Tanjung, Dengkil
10. Kerja-kerja mengorek dan mencuci saliran utama Kg. Semarang Bt. 29/30, Dengkil,
Sepang.
11. Kerja-kerja mengorek dan mencuci saliran utama Revolusi Hijau, Dengkil, Sepang.
12. Kerja-kerja pembaikan tebing kanan Sg. Rasau, Kg. Pulau, Meranti, Dengkil.
13. Kerja-kerja mengorek dan mencuci saliran Kg. Semarang, Dengkil.
14. Menaiktaraf jambatan kayu No. 8 kawasan saliran Kg. Sri Tanjung, Dengkil.
15. Menaiktaraf saliran Lot 74, Kg, Sg. Buah, Dengkil.
16. Kerja-kerja mengorek dan mencuci borrowpitt Sg. Limau, Sepang.
17. Menaiktaraf saliran Kg. Hulu Chuchuh, Sepang.
18. Kerja-kerja mengorek dan mencuci saliran Kg. Hulu Chuchuh, Sepang.
19. Kerja-kerja mengorek dan mencuci saliran Kg. Ulu Teris, Sepang.
20. kerja-kerja mengorek semula parit utama Taman Sepang Putra, Dengkil.
21. Kerja-kerja saliran di kawasan belia tepi Sg. Labu, Sepang.
22. Infrastruktur Pertanian Bukit Bangkong
23. Menurap jalan ladang di Jeti Nelayan Bagan Lalang
24. Menurap jalan ladang di Kg. Sri Tanjung
25. Menurap jalan Ladang di Kg. Jenderam Hilir
26. Menurap jalan ladang di Sg. Belankan
27. Menurap jalan ladang di Tebing Sg. Langat, Bukit Jenok
28. Menurap jalan ladang di Tebing Sg. Langat, Jenderam Hilir
Selain daripada peruntukan kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan di bawah Kementerian
Pertanian & Industri Asas Tani juga ada menyalurkan peruntukan yang melibatkan kerja-kerja
saliran pertanian dan pembinaan jalan-jalan ladang:-
Keseluruhan Sepang
1. Program pembanguan infrastruktur 1,900,000.00 450,000.00
mempelbagai tanaman
2. Program Pembangunan Saliran 800,000.00 200,000.00
pertanian
3. Program menaiktaraf sistem saliaran 2,000,000.00 1,600,000.00
pertanian
Antara kerja-kerja yang telah dijalankan sepanjang tahun 2008 adalah seperti berikut :-
1. Menaiktaraf kemudahan infrastruktur pertanian TKPM Hulu Chuchoh, Sepang
2. Menaiktaraf kemudahan infrastruktur pertanian TKPM Sg. Belankan, Sepang
3. Menaiktaraf Kemudahan infrastruktur pertanian MoA Inc. Bkt Bangkong, Sepang
4. Kerja-kerja pembinaan infrastruktur box culvert dan kerja-kerja yang berkaitan di Agrotek
Ulu Chuchoh, Mukim Sepang
5. Kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur jalan ladang di parit E, rancangan tanah Belia
Lanjut, Mukim Labu, Sepang
6. Kerja-kerja pembinaan pembentung bulat di RancanganTanah Belia Lanjut, Mukim
Labu, Sepang
7. Rancangan saliran pertanian kawasan Agroteknologi Sg. Belankan, Daerah Sepang
8. Menaiktaraf sistem saliran di kawasan Agrotek Sg. Belankan , Daerah Sepang
9. Menaiktaraf sistem saliran Kg. Labu Lanjut, Daerah Sepang
10. Kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran dan membina sistem pembentung bulat di TKPM
Sg.Belankan, Daerah Sepang
11. Kerja-kerja pengorekan parit baru di kawasan pertanian jalan kelapa 1 & 2 Sg.
Belankan, Daerah Sepang
12. Menaiktaraf sistem saliran utama di kawasan Agrotek dan TKPM, Daerah Sepang
13. Menaiktaraf infrastruktur saliran pembentung bulat sediada di kawasan pertanian TKPM
Sg. Belankan, Daerah Sepang
14. Menaiktaraf infrastruktur saliran pembentung kekotak di kawasan pertanian baru
bersempadan hutan simpan Kuala Langat
15. Kerja-kerja menaiktaraf sistem saliran di kawasan pertanian baru bersempadanan hutan
Kuala Langat dan KLIA
16. Menaiktaraf sistem saliran di kawasan ladang bersempadan Hutan Simpan Kuala
Langat dan KLIA
17. Rancangan saliran pertanian di kawasan pertanian baru parit E, RTB lanjut, Mukim
Labu, Daerah Sepang
18. Menaiktaraf sistem saliran kawasan Agroteknologi Hulu Chucho, Daerah Sepang