Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013
19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013
93) SEKTOR PERTANIAN
Tahun: 2013
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah bajet untuk Jabatan Pertanian Selangor pada tahun ini?
Bajet untuk Jabatan Pertanian (Pembangunan) Tahun 2013 adalah RM14,437,050.00
-
Apakah perincian perbelanjaan yang telah dibelanjakan ?
Perincian perbelanjaan adalah:
Butiran Projek Tajuk / Nama Projek Peruntukan Tahun Semasa 2013 01000 Pembangunan Taman Agroteknologi 1,400,000 02000 Pembangunan Tanaman Makanan 5,040,000 03000 Pembangunan Tanaman Industri 300,000 04000 Pembangunan Industri Bunga & Tanaman Hiasan 200,000 05000 Pembangunan Industri Asas Tani 1,251,000 06000 Pemb. Pusat Teknologi Pertanian 2,160,000 07000 Pengurusan Perosak Bersepadu 100,000 08000 Memajukan Kompleks Pertanian 250,040 Butiran Projek Tajuk / Nama Projek Peruntukan Tahun Semasa 2013 09000 Pembangunan Agropelancongan 10 10000 Pembangunan Pertanian Bersepadu 700,000 11000 Pembangunan Teknologi Maklumat 520,000 12000 Perkhidmatan Pengembangan & Perundingan 916,000 13000 Pengurusan Tanah Bermasalah 250,000 14000 Pembangunan/Pengurusan Tanah Terbiar 250,000 15000 Pembangunan Kemudahan Kejenteraan & Logistik Pertanian 800,000 16000 Penyelidikan & Perolehan Teknologi Baru Tanaman 300,000 JUMLAH 14,437,050 -
Adakah sebarang peruntukan khusus yang disalurkan dari Exco Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa untuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan para nelayan?
Tiada peruntukan khusus untuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Walau bagaimanapun, peruntukan untuk membantu para nelayan di Negeri Selangor di bawah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pertanian (EXCO Pemodenan Pertanian) adalah melalui Jabatan Perikanan Negeri Ianya merangkumi pelbagai jenis bantuan termasuklah bantuan seperti bot, enjin, pukat dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan perikanan untuk nelayan bertujuan untuk meningkatkan pendapatan golongan tersebut.