Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
111) SEKTOR PERTANIAN
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila kemukakan statistik petani, pekebun sayur dan buah-buahan di daerah Sabak Bernam
Statistik petani, pekebun sayur dan buah-buahan adalah seperti berikut:
- Padi – 5,817 orang
- Herba dan rempah ratus – 18 orang
- Sayur-sayuran – 56 orang
- Kelapa/kelulut/cendawan – 256 orang
- Jagung/keladi – 36 orang
- Buah-buahan – 76 orang
-
Apakah dasar Kerajaan Negeri Selangor terhadap pesawah yang menukar tanaman kepada sayur-sayuran serta buah-buahan?
Melalui Rancangan Struktur Negeri 2035, kawasan pengeluaran padi Barat Laut Selangor dizonkan sebagai kawasan strategik pengeluaran makanan utama. Kawasan ini tidak boleh ditukar kegunaannya kepada kegunaan lain termasuk menukar tanaman padi kepada sayur-sayuran atau buah-buahan. Walau bagaimanapun, Jabatan Pertanian akan sentiasa memberikan khidmat nasihat dan pengembangan bagi memastikan tanaman padi dapat dikekalkan.
-
Apakah bentuk bantuan dan subsidi yang disalurkan kepada pekebun sayur dan buah-buahan?
Melalui Jabatan Pertanian, pekebun sayur dan tanaman buah-buahan diberikan bantuan dalam bentuk input pertanian seperti baja, racun, jentera kecil dan peralatan-peralatan yang sesuai yang diberikan kepada petani yang layak dan mempunyai status pemilikan tanah yang sah sama ada secara hak milik, sewaan atau pajakan. Dalam tahun 2016, peruntukan bagi buah-buahan adalah sebanyak RM1.3 juta manakala sayur-sayuran adalah sebanyak RM700,000.00