Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

7 April - 11 April 2014 dan 14 April - 18 April 2014

280) SEKTOR PERKHIDMATAN

Tahun: 2014

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Mat Nadzari Bin Ahmad Dahlan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah definisi sektor perkhidmatan dalam konteks ekonomi negeri?

    Secara amnya, sektor perkhidmatan adalah salah satu sektor dalam ekonomi negara yang melibatkan pembekalan perkhidmatan (services) kepada pengeluar dan pengguna. Ianya juga dikenali sebagai sektor ekonomi Berbanding negerinegeri lain, sektor perkhidmatan negeri Selangor adalah yang paling besar dari segi sumbangan kepada sektor perkhidmatan Malaysia di mana anggaran sumbangan sektor perkhidmatan kepada ekonomi negeri Selangor adalah berjumlah 60.37 % pada tahun 2013. Manakala anggaran sumbangan daripada sektor-sektor lain adalah seperti berikut :

    •  Sektor pertanian & perlombongan – 1.8 %
      ii) Sektor pembuatan – 32.49 %
      iii)   Sektor pembinaan – 5.34 %
  2. Nyatakan nilai sumbangan sektor ini bagi rakyat dan ekonomi negeri dari 2008- 2013?

    Dari segi nilai (nilai ditambah dalam bentuk Ringgit Malaysia), sektor perkhidmatan mencatatkan peningkatan daripada RM81,916 juta pada tahun 2008 kepada RM108,830 juta pada tahun 2013. Dari segi sumbangan kepada ekonomi (KDNK) negeri Selangor, sektor perkhidmatan telah secara konsisten menyumbang sekitar 60% kepada ekonomi negeri dari tahun 2008 hingga 2013.

  3. Apakah prospek perkembangan sektor ini di tahun 2014?

    Sektor perkhidmatan negeri Selangor dianggarkan tumbuh di antara 5.6% hingga 6.4% pada tahun 2014 dengan sumbangan sekitar 60.0% hingga 60.5% kepada KDNK negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.