Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
64) SEKTOR PERIKANAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah bilangan nelayan persisiran pantai di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah dan kaum ?
DAERAH MELAYU INDIA CINA LAIN-LAIN JUMLAH SABAK BERNAM 443 2 2241 578 3,264 KUALA SEL 571 22 959 0 1,552 KLANG 498 19 1354 28 1,899 KUALA LANGAT/
SEPANG
431 130 255 124 940 JUMLAH 1,943 173 4,809 730 7,655 -
Sila kemukakan jumlah bilangan nelayan permit B yang masih beroperasi di Negeri Selangor mengikut pecahan daerah dan kaum serta kenapa permohonan mengupah pekerja masih tidak dibenarkan ?
DAERAH MELAYU INDIA CINA JUMLAH SABAK BERNAM 14 – 230 244 KUALA SEL 1 – 69 70 KLANG 1 – – 51 51 KLANG 2 – – – 0 K/LANGAT – – 11 11 SEPANG – – – 0 Jabatan masih tidak mengupah pekerja asing untuk Zon B kerana jabatan mengutamakan nelayan tempatan (warganegara Malaysia) dan ingin memastikan nelayan tempatan mempunyai pekerjaan dan membela nasib nelayan tradisi.
-
Sila nyatakan secara detail apakah masalah dan cabaran utama perikanan serta sumbangan terhadap ekonomi Negeri Selangor ?
Masalah – penurunan sumber perikanan kerana dieksploitasi berlebihan terutamanya oleh vesel yang menggunakan kru asing (kemampuan kru asing untuk bekerja lebih lama di laut berbanding nelayan tempatan)
- Pencerobohan bot pukat tunda di kawasan persisiran yang kurang dari 5 batu nautika
- Keselamatan nelayan di laut daripada lanun dan juga agensi penguatkuasaan Negara jiran
- Muara sungai yang cetek yang menyebabkan waktu menangkap ikan di laut terhad
- Lampu pemandu/suar nelayan yang tiada/tidak berfungsi/kurang.
Cabaran – bagaimana untuk memberi kesedaran kepada nelayan untuk bersama menjaga sumber perikanan
- Untuk mengubah sikap tamak/ pentingkan diri nelayan supaya sentiasa mematuhi had penangkapan melalui zon yang telah ditetapkan.
- Memastikan semua lampu pemandu/suar/penunjuk arah daratan berfungsi dan ditambah demi memastikan keselamatan nelayan pada waktu malam dapat ditingkatkan. Sumbangan terhadap ekonomi Selangor
- Selangor menjadi pengeluar terbesar kerang di Malaysia dengan jumlah pendaratan kerang dewasa pada tahun 2010 adalah sebanyak 41,410.06 tan metrik dengan nilai harga borong adalah sebanyak RM 40,995,959.40. Hasil kebun kerang di Selangor telah member manfaat kepada lebih 767 orang nelayan tradisi yang menjadi peserta lot kebun kerang.
- Selangor merupakan pengeluar ketiga terbanyak di Semenanjung dari segi hasil pendaratan ikan. Negeri Selangor telah menyumbang sebanyak 12.3% hasil laut daripada Semenanjung Malaysia iaitu sebanyak 131,350 tan metrik ikan laut dengan nilai sebanyak RM471,556,535.00 pada tahun 2009.
- Industri perikanan telah memberi peluang pekerjaan kepada 7074 orang nelayan dan telah membantu menambahkan pendapatan mereka.
Industri hiliran dan produk asas tani juga berkembang di Selangor yang terdiri daripada industri pemprosesan keropok lekor, belacan, kilang ais, industri penghasilan makanan ikan yang turut memberi pendapatan dan peluang pekerjaan kepada ahli keluarga nelayan tradisi.