Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020
30 Oktober 2020 - 12 November 2020
88) Sektor Pelancongan Negeri Selangor Pasca COVID-19
Tahun: 2020
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Mohd Imran Bin Tamrin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah usaha dan tindakan Kerajaan Negeri dalam memulihkan Industri Pelancongan Pasca COVID-19?
Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor mengambil langkah proaktif bagi membangun dan memulihkan semula industri ini dalam situasi Covid-19 seperti yang berikut:-
i) Pakej Rangsangan Ekonomi melalui bantuan ‘one-off’ kepada pemandu pelancong/hos komuniti/penyelaras homestay berlesen sebanyak RM1,000.00 seorang, bagi tujuan pegumpulan data-duta kecil pelancongan Selangor.
ii) Pakej Rangsangan Ekonomi melalui penerbitan subsidi “Baucar Pelancongan Negeri Selangor” dengan nilai bantuan peruntukan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Juta (RM2,000,000.00).
iii) Penganjuran Kempen Promosi Pelancongan “Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu” yang memberi penekanan kepada pasaran domestik dengan menggunakan platform media sosial, digital dan atas talian.
iv) Aktiviti promosi pelancongan norma baharu melalui penglibatan di dalam program promosi pelancongan yang menggunakan platform digital dan atas talian seperti penganjuran program promosi Selangor E-Travel Fair dimana Tourism Selangor dapat berhubung dan berinteraksi bagi menyampaikan tawaran-tawaran serta maklumat terkini industri pelancongan di negeri Selangor kepada pihak agensi pelancongan, pengusaha produk pelancongan dan pihak berkaitan industri pelancongan lain serta para pelancong secara terus tanpa bersemuka
v) Penganjuran Program Jelajah Persona Negeri Selangor khusus bagi pasaran domestik seperti ke Negeri Pulau Pinang dan Terengganu.
vi) Kempen promosi pelancongan melalui medium pengiklanan ‘Outdoor Billboard’, ‘Unipole’ dan ‘ Digital Billboard’ di beberapa kawasan yang terpilih seperti Johor, Kedah, Terengganu, Melaka, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang
vii) Penganjuran program Familiarization Trip (FAM Trip) yang melibatkan pihak media, agensi pelancongan tempatan dan antarabangsa
viii) Penyediaan pakej pelancongan yang melibatkan integrasi promosi antara 9 Daerah dan 12 PBT di Negeri Selangor
ix) Penganjuran Acara Pelancongan norma baharu yang menekankan SOP (Standard Operation Procedure) mengikut saranan Majlis Keselamatan Negara (MKN). -
Nyatakan kumpulan-kumpulan sasar dalam pemulihan Industri Pelancongan di peringkat Negeri Selangor?
Kumpulan-kumpulan sasar dalam pemulihan Industri Pelancongan di peringkat negeri Selangor antara adalah seperti berikut:
1. Pengusaha hotel-hotel berlesen
2. Pengusaha homestay berlesen
3. Pemandu pelancong
4. Pengusaha taman tema
5. Hos komuniti setempat
6. IKS yang terlibat secara langsung dalam aktiviti pelancongan melalui kerjasama dengan Exco Pembangunan IKS.
7. Pengusaha Kraftangan
8. Pengusaha Agensi Pelancongan -
Berapakah jumlah perbelanjaan yang telah dibelanjakan untuk pemulihan Industri Pelancongan Pasca COVID-19?
Bagi tujuan pemulihan industri pelancongan, Kerajaan Negeri melalui Pakej Rancangan Ekonomi Selangor Perihatin telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan subsidi baucar pelancongan dengan nilai terbitan sebanyak RM 2 Juta (Dua Juta Ringgit) bagi membantu merancakkan semula industri pelancongan di dalam Negeri Selangor khususnya. Selain itu, inisiatif pemberian one-off sebanyak RM 1,000 (Satu Ribu Ringgit) kepada Pemandu Pelancong, Hos Komuniti Setempat (HKS) dan pengusaha homestay telah diambil dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM553,000. Bagi merancakkan semula industri pelancongan, Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor telah memperuntukan perbelanjaan sebanyak RM2.9 Juta sehingga bulan Oktober 2020 bagi pelaksanaan Program Promosi dan Acara pelancongan termasuk pelaksanaan Kempen ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu’.