Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2012
19 November hingga 23 November 2012 dan 26 November hingga 30 November 2012
182) SEKTOR PELANCONGAN NEGERI SELANGOR
Tahun: 2012
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila senaraikan jumlah bilangan pelancong domestik dan luar yang datang melawat Selangor sejak tahun 2008 hingga Jun 2012 mengikut pecahan daerah
Tourism Selangor telah menyimpan statistik kehadiran pelancong ke negeri Selangor bagi tahun 2008 hingga 2012 , walaubagaimanapun statistik kehadiran tersebut tidak menunjukkan kehadiran mengikut daerah-daerah dalam negeri Selangor . Walaubagaimanapun mulai tahun 2012 Tourism Selangor telah mengambil inisiatif dengan mula mengumpul data kehadiran pelancong ke negeri Selangor mengikut daerah-daerah dalam negeri Selangor dan butirannya adalah seperti di jadual di bawah :
Statistik Kehadiran Pelancong Dari Dalam Dan Luar Negara Ke Negeri Selangor Bagi Bulan Januari Hingga Jun 2012 Mengikut Daerah adalah seperti berikut:-
Daerah
Jan
Feb
Mac
April
Mei
Jun
Jumlah
Petaling
358,983
355,613
401,291
397,801
427,736
405,021
2,346,445
Hulu Langat
19,050
14,896
12,715
14,812
6,000
6,100
73,573
Klang 10,613 11,412 10,845 10,213 13,256 11,815 68,154 Gombak
51,094
34,570
105,095
57,761
56,002
27,375
331,897
Sabak Bernam
902
711
800
1006
1089
1100
5,608
Sepang
2,962
10,121
102,122
8,134
5,315
4,256
132,910
Kuala Langat
5,369
5,520
8,214
7,312
10,227
5,111
41,753
Kuala Selangor
23,307
18,678
23,940
22,276
27,962
18,310
134,023
Hulu Selangor
5,418
4,294
4,077
4,483
3,893
4217
26,382
Jumlah Besar
3,160,745
– Walaubagaimanapun jumlah ini tidak melambangkan kedatangan sebenar pelancong ke Selangor kerana ianya hanya sehingga bulan Jun 2012 dan dijangka akan meningkat hingga ke hujung tahun 2012 nanti .
-
Sila senaraikan 20 destinasi pelancongan yang paling digemari oleh para pelancong dan nyatakan apakah tarikan istimewanya ?
Negeri Selangor kini boleh berbangga dengan produk dan destinasi pelancongannya kerana dengan promosi berterusan yang dilakukan oleh Negeri Selangor melalui agensi pelaksananya iaitu Tourism Selangor kini mula menampakkan hasil apabila produk dan destinasi pelancongan dinegeri Selangor semakin dikenali dan menjadi pilihan percutian oleh para pelancong dalam dan luar negara . Pada awal kempen ‘Selangor Shines dijalankan memang terdapat
10 destinasi pelancongan yang terkenal dan sering menjadi perhatian utama pelancong apabila mereka berkunjung ke negeri Selangor dan jumlah destinasi tersebut semakin bertambah . Berikut adalah 20 destinasi di negeri Selangor yang popular di kalangan pelancong dari dalam dan luar negara :
Senarai 20 Destinasi Pelancongan Yang Popular Di Negeri Selangor
Bil.
Destinasi Pelancongan
Daya Tarikan
1.
Sunway Lagoon , Petaling Jaya
– Taman Tema Air
– ‘One stop centre bagi hiburan , membeli belah dan lain-lain
2.
Batu Caves , Gombak
– Perayaan Thaipusam
– Tempat beribadat terbesar Bagi masyarakat India.
3.
Kelip-Kelip , Kuala Selangor
– Menyaksikan keindahan hidupan kerdipan kelip-kelip pada waktu malam .
4.
Masjid Sultan Abdul Aziz Shah Shah Alam
-Kecantikan dan keuinikan seni bina islam
-Mempunyai kubah dan menara antara yang tertinggi didunia ..
5.
Sepang Gold Coast, Sepang
-Menawarkan pengalaman percutian yang indah dengan tinggal di chalet-chalet di atas air yang menganjur ke Selat Melaka dan binaan chalet yang
menyerupai pokok palma ( dilihat
dari udara ) seperti sebuah lagi resort yang terdapat di negara Timur Tengah . 6.
Dong Zen Monastery Temple Kuala Langat
-Tempat beribadat bagi penganut agama Budha yang setiap tahun menganjurkan pelbagai aktiviti seperti ‘Pesta Tanglung’ serta mempunyai landskap cantik dan bersih .
7.
Forest Research Institute Of Malaysia ( FRIM ) , Kepong
-Tempat beriadah serta menjadi
kunjungan bagi pengemar mahupun pengkaji flora dan fauna serta mempunyai hutan hujan yang tertua di Malaysia.
8.
Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz Klang
-Sebuah muzium yang serba indah yang memaparkan sejarah yang amat bernilai mengenai kehidupan dan pemerintahan Institusi Diraja Negeri Selangor .
9.
Bukit Malawati , Kuala Selangor
-Sebuah kota peninggalan kerajaan Melayu Selangor serta menyimpan pelbagai cerita sejarah juga misteri dan menempatkan makan Diraja Selangor .
-Juga merupakan tempat bagi Mencerap anak bulan serta Rumah Api yang dibina pada 1907 dan beroperasi hingga kini bagi pengguna Selat Melaka
10.
Hutan Lipur Kanching, Rawang
-Merupakan tempat paling popular bagi aktiviti riadah bersama keluarga sambil mandi manda di air terjun yang airnya
sejuk dan menyegarkan.
11.
I-City Shah Alam , Shah Alam
-Menyaksikan keindahan pelbagai lampu LED yang berwarna warni serta aktiviti bermain salji di ‘snow walk’ dan yang terkini tidak lama lagi permainan taman tema air yang menyeronokan .
12.
Kidzania, Mutiara Damasara
-Taman tema ‘indoor’ bagi kanak- kanak yang mempunyai pelbagai aktiviti yang mendedahkan mereka kepada kehidupan sebenar apabila mereka dewasa kelak .
-Hanya terdapat beberapa buah
taman tema seperti ini diseluruh dunia .
13.
Morib Gold Coast , Kuala Langat
-Sebuah resort yang mempunyai pelbagai aktiviti riada bersama keluarga serta sebuah mini taman tema air .
14.
Litar Formula One , Sepang
-Litar Formula Satu bagi kejohanan lumba motor dan kereta formula satu peringkat antarabngsa dan antara litar yang terbaik di dunia .
15.
Pusat Membeli Belah GM , Klang
-Pusat membeli belah barangan secara borong yang sangat terkenal .
16.
Genting Strawberry Leisure Farm, Genting Highlands ( Dalam sempadan Hulu Selangor )
-Kebun tanaman buah strawberi yang sangat terkenal dan turut menyajikan pelbagai makanan diperbuat daripada buah strawberi.
-Pengunjung boleh memetik sendiri buah tersebut.
-Serta terdapat juga tanaman sayur , ternakan madu lebah serta kebun cendawan. 17.
Hutan Lipur Sungai Chongkak Kuala Langat
-Sebuah resort yang terletak di dalam hutan semulajadi dan mempunyai chalet untuk disewa.
-Boleh menjalankan aktiviti seperti hari keluarga serta program perkhemahan juga kem motivasi .
-Mempunyai sungai yang bersih serta sesuai untuk mandi manda dan berkelah bersama keluarga mahupun teman-teman .
18.
Jalan Tengku Kelana , Klang
( Little India )
-Tempat yang amat popular yang
Menempatkan pelbagai kedai serta gerai yang menjual pelbagai keperluan bagi masyarakat India
-Amat sibuk menjelang perayaan Deepavali
19.
Homestay Selangor
-Negeri Selangor mempunyai 15 buah homestay yang berlesen yang menawarkan pengalaman suasana kehidupan kampung yang aman dan tentera serta pelbagai aktiviti budaya dan kraftangan kampung yang cantik dan bernilai . .
20.
Genting Highlands, Genting
( Dalam sempadan pentadbiran Hulu Selangor )
-Sebuah taman tema yang terletak di tanah tinggi yang terkenal di seluruh dunia dan menawarkan pelbagai aktiviti permainan serta membeli belah .
-
Sila nyatakan apakah insentif dan bantuan yang telah dan bakal disalurkan kepada Dun Sekinchan khususnya dalam usaha mempromosikan dan menjadikan ia sebagai Destinasi Agro-pelancongan yang unik?
Sekinchan ialah sebuah pekan kecil di daerah Sabak Bernam yang mempunyai banyak keistimewaan dan daya tarikan tersendiri dari aspek pelancongan. Kerajaan Negeri Selangor dan Tourism Selangor telah banyak membantu terutama dari aspek promosi dan publisiti bagi membantu Sekinchan untuk terus terkenal kerana beberapa faktor boleh menjadi faktor kekurangan pelancong terutama iaitu dari aspek kedudukan yang jauh dari Shah Alam dan Kuala Lumpur.
Keunikan Sekinchan yang berkedudukan hampir dengan pesisir pantai serta disekelilingi pula dengan kebun buah-buahan serta keindahan sawah padi saujana mata memandang . Kemeriahan lebih terasa apabila tiba musim menuai dan yang paling menariknya di Sekinchan tiga kaum utama terlibat dalam mengerjakan sawah padi iaitu Melayu, Cina dan yang paling menarik ialah kaum India juga membuat sawah padi yang jarang berlaku di negeri- negeri lain di Malaysia.
Buah-buahan segar seperti mangga , ciku dan nangka yang enak dan manis menanti kehadiran pelancong serta hasil tanaman seperti jagung, keladi serta ubi kayu sentiasa boleh didapati hampir sepanjang tahun.
Selain produk pertanian, Sekinchan juga begitu sinonim dengan hasil laut yang segar dan terdapat juga industri hiliran seperti udang kering, ikan masin, keropok serta industri membuat kek ikan dan bebola ikan.
Berdasarkan ciri-ciri keistimewaan yang terdapat di Sekinchan Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangori telah membantu dalam banyak aspek terutama dalam mempromosikan destinasi ini samada di peringkat tempatan mahupun antarabangsa . Berikut adalah beberapa tindakan yang telah dilakukan oleh Tourism Selangor dalam membantu mempromosikan Sekichan seperti :
- Menyediakan risalah pelancongan
- Selangor Breakaway
- Risalah Pelancongan daerah Sabak Bernam
- Selangor Vision
- Membawa wartawan dan pengamal media melalui Selangor Shines Fam Tour 2010 dan
- Membawa deligasi agensi pelancongan dari Singapura melalui Fam Tour Agensi Pelancongan dari
- Promosi melalui laman web TSSB
- Promosi Pelancongan dalam dan luar negara
- Roadshow Selangor Shines seluruh negara
- Kembara Selangor Shines sekolah menengah dan IPTA / IPTS seluruh Selangor
- MASUM / SMIFT
- Roadshow Selangor Shines Pantai Timur 2012
- Promosi Luar Negara
- ATM Dubai
- ITB Asia , Singapura
- ITE , Vietnam
- Abacus Holiday Fair , Brunei
- Voyage Expo , India
- International Travel Fair 2012 , Taiwan
- Selangor Meets China
- Selangor Meets Indonesia
- Tajaan penerbitan Sekichan Tourist Book 2011 dan 2012
Walaupun Sekinchan mempunyai pelbagai keistimewaan dari aspek pelancongan namun pelbagai tindakan perlu diambil bagi memastikan ianya terus dikenali dan menjadikan faktor jarak bukanlah penghalang bagi pelancong tempatan dan luar negara untuk mengunjungi Sekinchan. Sehubungan dengan itu semua ‘key players’ dan penggerak utama pelancongan di Sekinchan perlu mencari inisiatif bagi memastikan Sekinchan terus dikenali di samping mewujudkan produk-produk baru pelancongan bagi memastikan kesinambungan aktiviti pelancongan di kawasan ini.
Tourism Selangor akan terus memainkan peranan penting dalam mempromosikan Sekinchan sebagai destinasi pelancongan unik di Selangor. Antara tindakan yang akan terus dilakukan adalah seperti berikut :
- Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor akan meneruskan semua aktiviti promosi yang telah dijalankan samada di dalam mahupun pun luar negara dan sentiasa mengkaji pasaran baru yang sesuai bagi mempromosikan Sekinchan kerana bukan semua siri promosi luar negara
yang disertai sesuai untuk mempromosikan agro pelancongan yang terdapat
di Sekinchan .
- Tourism Selangor melalui laman web rasmi akan sentiasa mempromosikan Sekinchan dan memastikan semua maklumat yang dipaparkan adalah yang terkini dan
- Pada masa-masa akan datang Tourism Selangor juga akan membawa lawatan-lawatan para media mahupun lain-lain ‘fam tour’ serta agensi-agensi pelancongan dalam dan luar negara bagi mempromosikan Sekinchan secara terus kepada ‘key players’
- Tourism Selangor juga akan terus mempromosikan Sekinchan dengan menggunakan medium yang sesuai sama ada di media cetak, mahupun elektronik bagi memastikan golongan sasar dapat menerima maklumat berkaitan destinasi
- Tourism Selangor juga akan membawa dan menganjurkan acara-acara yang akan menjadikan Sekinchan sebagai lokasi penganjuran mahupun persinggahan para
- Tourism Selangor juga akan menyediakan pakej-pakej yang menarik bagi menarik lebih ramai
- Menyediakan risalah pelancongan