Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
131) SEKTOR PELANCONGAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan destinasi tarikan pelancongan Negeri Selangor mengikut susunan daerah dan jumlah pelancong yang datang melawat Negeri Selangor pada tahun 2008
- Destinasi tarikan pelancongan utama Negeri Selangor mengikut susunan daerah adalah seperti berikut :-
BIL DAERAH BIL DESTINASI PELANCONGAN 1 PETALING 1 Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 2 Sunway Lagoon 3 Galeri Shah Alam 4 Kompleks Taman Seni Islam 5 Muzium Sultan Alam Shah 6 Taman Pertanian Malaysia 7 High5 Bread Town 8 Mines Wonderland 2 KLANG 1 Little India 2 Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz 3 Istana Alam Shah 4 Pulau Ketam 5 Pulau Carey 6 Tanjung Harapan 3 KUALA LANGAT
1 Bukit Jugra 2 Pantai Kelanang 3 Pantai Morib 4 Homestay Kanchong Darat, Sg. Lang, Kampung Endah, Kampung Kundang, Kampung Batu Laut 5 Pantai Batu Laut 4 SEPANG 1 Pantai Bagan Lalang 2 Sepang Goldcoast 3 Homestay Banghuris 4 Litar Sepang 5 Taman Tasik Cyberjaya 5 HULU LANGAT 1 Hutan Lipur Sungai Chongkak 2 Menara Tinjau Ampang 3 Hutan Rekreasi Sungai Tekala 4 Hutan Lipur Sungai Gabai 5 Kawasan Rekreasi Gunung Nuang 6 Galeri Sate 7 Taman Rimba Ampang 6 GOMBAK 1 Taman Rimba Templer 2 Hutan Lipur Kanching 3 FRIM 4 Taman Rimba Komanwel 5 Hutan Lipur Sungai Tua 6 Muzium Orang Asli 7 Batu Caves 8 Zoo Negara 9 Homestay Bougainvillaea 7 KUALA SELANGOR
1 Bukit Malawati 2 Kelip-kelip Kampung Kuantan dan Bukit Belimbing 3 Taman Alam Kuala Selangor 4 Akuarium Ikan Air Tawar 5 Muzium Daerah Kuala Selangor 6 Homestay Sungai Sireh, Setangkas 8 HULU SELANGOR
1 Kolam Air Panas Hulu Tamu 2 Air Terjun Serendah 3 Kolam Air Panas Kerling 4 Homestay Sungai Tengi 9 SABAK BERNAM 1 Kelong Bagan Nakhoda Omar 2 Muzium Daerah Sabak Bernam 3 Homestay Batu 23 Sungai Nibong, Sungai Haji Dorani, Sepintas, Air Manis, Papitusulem, Seri Kayangan Jumlah pelancong yang datang melawat Negeri Selangor pada tahun 2008 ialah :
Pelancong Domestik 3,075,889 Pelancong Luar Negara 2,601,332 JUMLAH 5,677,221 Nota : Statistik disusun dan disediakan oleh Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Selangor.
-
Sila huraikan apakah bentuk promosi yang dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi merangsang sektor pelancongan
Bentuk promosi yang dirancang oleh Kerajaan Negeri bagi merangsangkan sektor pelancongan adalah seperti berikut :- media cetak (risalah)
- Elektronik (Laman sesawang)
- Mengadakan FAM TRIP
- Pameran Pelancongan (di dalam dan luar negara) seperti Fascinating Travel Fair di Singapore/Zoom Kuantan dan lain-lain lagi.
-
Adakah pihak Kerajaan Negeri bercadang untuk membangunkan DUN Sekinchan yang terkenal dengan Jelapang Padi Negeri Selangor sebagai destinasi pelancongan Argotourism ?
Kawasan padi di Sekinchan adalah salah satu kawasan jelapang padi yang terdapat di Negeri Selangor dan boleh dijadikan sebagai destinasi agro pelancongan. Bagi pelawatpelawat yang berkunjung ke homestay daerah Sabak Bernam atau Kuala Selangor, mereka juga telah dibawa melawat di sekitar kawasan tanaman padi Sekinchan sebagai salah satu aktiviti pelancongan. Walau bagaimanapun sekiranya penduduk atau petani ingin mengadakan program pelancongan, mereka boleh menubuhkan homestay di Sekinchan dan mendapatkan bantuan daripada Persatuan Homestay serta agensiagensi yang berkaitan.