Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
08 Julai hingga 10 Julai 2009 dan 13 Julai hingga 15 Julai 2009
111) SEKTOR PELANCONGAN
Tahun: 2009
Sesi: 2
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Pantai Batu Laut merupakan satu pantai yang berada di kawasan Tg Sepat. Pelancongan telah menjadi salah satu sumber ekonomi bagi kawasan ini. Pendapatan yang di peroleh dari sektor ini meningkat dengan banyaknya pada setiap tahun. Apakah perancangan Kerajaan Negeri di dalam meningkatkan sektor ini khususnya bagi kawasan pantai Batu Laut ?
Berdasarkan Rancangan Tempatan Morib-Tg Sepat, kawasan Batu Laut berpotensi bagi pembangunan pelancong berasaskan:
i) Pelancongan Alam Semulajadi-(Eco Tourism)
ii)Pelancongan Khusus – program balik kampung
iii) Pelancongan Agro – homestay dan taman botani
-
Di kawasan Batu Laut, terdapat banyak tanah-tanah milik Kerajaan Negeri dan individu yang tidak digunakan. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai cadangan menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan pelancongan ataupun pelancongan yang berkaitan dengan kesihatan/pendidikan?
MDKL bercadang untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai kawasan rekreasi pantai terutamanya untuk pertandingan perahu layar dan membina sebuah akademi perahu layar di kawasan tersebut.
JAWAPAN DARIPADA PTD KUALA LANGAT
b) Tanah-tanah kerajaan yang terdapat di Batu Laut merupakan tanah-tanah paya bakau yang menjadi penghalang hakisan ombak. Pada ketika ini Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai perancangan khusus untuk membangunkan kawasan tersebut sebagai kawasan pelancongan. Jika ada pembangunan, hendaklah dibuat secara selektif supaya tidak mengganggu ekosistem di kawasan tersebut. Bagi tanah-tanah milik individu, pembangunan hanya boleh dilaksanakan mengikut zon kegunaan tanah di dalam pelan Rancangan Penyata Daerah Kuala Langat.