Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009
10 Mac hingga 13 Mac 2009 dan 16 Mac hingga 17 Mac 2009
91) SEKTOR PELANCONGAN
Tahun: 2009
Sesi: 1
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Dato' Dr. Karim Bin Mansor
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri di dalam meningkatkan sektor ini khususnya bagi kawasan pantai Batu Laut ?
Mengikut Rancangan Tempatan Morib – Tg. Sepat ( 2002 – 2020 ), Pantai Batu Laut telah dikenal pasti sebagai kawasan pelancongan iaitu :-
- Pelancongan Semula jadi : hutan paya bakau, pusat penyelidikan hutan paya bakau, chalet atau resort serta rekreasi maritim.
- Pelancongan Khusus : program rakan muda, program balik kampung dan perkhemahan.
- Pelancongan Agro : homestay, IKS, Taman Botani dan Agro
-
Adakah pantai ini dapat terus di pergunakan untuk pertandingan perahu layar di pelbagai peringkat hingga ke peringkat antarabangsa?
Bergantung kepada pihak penganjur
-
Bilakah Kerajaan Negeri akan membina Akademi Sukan Layar di kawasan Pantai Batu Laut ini?
Permohonan tanah sedang dipohon oleh pihak Majlis kepada Pentadbir Tanah bagi tujuan Akademi Sukan Layar.