Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
212) SEKTOR PELANCONGAN
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Memandangkan KLIA merupakan pintu antarabangsa Negara, apakah perancangan kerajaan Negeri Selangor dalam membangunkan sektor pelancongan di kawasan sekelilingnya?
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan salah satu hab penerbangan yang terpenting di rantau Asia Tenggara selain Lapangan Terbang Suvarnabhumi di Bangkok, Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dan Lapangan Terbang Changi Singapura. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang utama di Malaysia dan merupakan yang terbesar di negara ini. Ia terletak di daerah Sepang, Selangor dan hampir 50 kilometer jaraknya dari ibu negara, Kuala Lumpur. Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Pembandaran Sepang telah merancang beberapa pembangunan baru untuk membangunkan sektor pelancongan di sekelilingnya. Manakala Tourism Selangor pula berperanan untuk mempromosikan tempat pelancongan tersebut.
Terdapat beberapa cadangan pembangunan baru oleh pemaju seperti berikut :
- Kompleks Membeli Belah 2 tingkat
- Bandar Aeronautikal atas tanah milik Sime Darby bhd.
- Factory Outlet, (Mitsui Factory Outlet) – Kuala Lumpur International Outlet di atas sebahagian Plot 8, di sebahagian Lot 31489 dan sebahagian Lot 6919, Ampar Tenang, Mukim Dengkil, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan.