Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014

16 Jun 2014 hingga 18 Jun 2014

147) SEKTOR PELANCONGAN

Tahun: 2014

Sesi: 2

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Tuan Ng Suee Lim

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan perkembangan terkini sektor pelancongan Negeri selepas tragedi kehilangan MH370 ?

    Insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 telah menjejaskan kedatangan pelancong China bukan sahaja ke Selangor tetapi ke seluruh Malaysia setelah 30 peratus pelancong telah membatalkan percutian mereka ke negara ini melibatkan kos lebih RM100

     

    Sektor pelancongan di Selangor turut sama terjejas berikutan tragedi kehilangan pesawat MH370. Wujud pembatalan tempahan hotel, pengurangan lawatan ke beberapa produk pelancongan sekitar Selangor dan sebagainya.

    Persatuan Pemandu Pelancong Selangor (STGA) turut merasa impak  penurunan apabila sebanyak 80% pembatalan kunjungan pelancong dari China melalui agensi agensi pelancongan telah memberi kesan besar kepada industri pelancongan terutama pemandu pelancong serta pengusaha bas dan teksi yang memberi tumpuan kepada sektor pelancongan.

    Impak dari kejadian ini, syarikat penerbangan China Southern Airlines telah mengurangkan kekerapan penerbangan Beijing-Kuala Lumpur, Malaysia daripada tiga kepada sekali sehari bermula Mei tahun ini berikutan kekurangan penumpang.

    Selain itu, Xiamen Airlines yang sepatutnya tambah kekerapan penerbangan Beijing-Kuala Lumpur kepada 10 kali seminggu terpaksa ditangguhkan.

     

    Untuk makluman, pada tahun lalu pelancong dari China adalah kumpulan ketiga

    (3) terbesar (1.6juta) selepas pelancong Singapura dan Indonesia.

  2. Sila nyatakan apakah langkah dan promosi yang diambil bagi menangani kekurangan pelancong sejak mutakhir ini ?

    Oleh yang demikian, beberapa tindakan telah diambil oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor di mana satu mesyuarat yang telah diadakan

    3 April 2014 bersama pemain industri di Selangor untuk membincangkan masalah berkaitan dengan insiden ini. Beberapa perkara telah dihalusi seperti berikut:

     

    • Mencari alternatif dalam merangka strategi baru bagi meningkatkan kemasukan pelancong China ke

     

    • Bersepakat mengambil inisiatif ‘Cooling Period’ dari segi promosi dan publisiti pelancongan ke China.

     

    • Dijangka perancangan pemansuhan Visa terhadap pelancong China sempena ulang tahun ke – 40 hubungan diplomatik dan tahun persahabatan Malaysia – China akan menarik kemasukan pelancong China ke

     

    • Mencadangkan agar MAH, MATTA, STGA dan pelbagai agensi lain bersama sama Tourism Selangor dan Tourism Malaysia (Selangor) bersama sama berkongsi maklumat terbaru dan bertukar pandangan tentang perancangan menambah kemasukan pelancong dari Negara China.

     

    Agensi-agensi berkaitan juga akan mengambil tindakan seperti berikut:

    • Tawaran pakej percutian istimewa dan lebih murah

     

    • Membina hubungan lebih rapat dengan agensi agensi pelancongan dari negara China.

     

    • Lebih memahami kehendak pasaran pelancong dari China; mengkaji tarikan lain seperti minat dan kesukaan pelancong pelancong dari

     

    • Jalinan kerjasama dengan pangamal media dari China menerusi ‘FAM Trip’.

     

    • Mendekati lebih dekat pelancong dari China dengan kemudahan papantanda, jurubahasa, perbanyakan publisiti berbahasa Cina, makanan kesukaan masyarakat Cina dari China; membuatkan mereka berasa lebih selesa dengan layanan dan dekat di

     

    • Tourism Selangor juga menjalan pelbagai aktiviti promosi dalam dan luar Negara bagi menggalakkan lebih ramai pelancong berkunjung ke negeri Selangor.
  3. Sila nyatakan bilakah Kerajaan Negeri akan mendirikan satu Pusat Informasi Pelancong di DUN Sekinchan ?

    Setakat ini, kerajaan Negeri belum memberi sebarang perancangan untuk membuka sebuah Pusat Informasi Pelancongan di DUN

Lampiran

Tiada Lampiran.