Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

117) SEKTOR PELANCONGAN

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila menyatakan jumlah pelancongan melawat Negeri Selangor pada tahun 2015 Dan anggaran dibelanjakan oleh mereka?

    Jumlah pelancong yang melawat Negeri Selangor pada tahun 2015 adalah seperti berikut:-

    PELANCONG JUMLAH KEDATANGAN

    (ORANG)

    JUMLAH PERBELANJAAN

    (RESIT)

    DOMESTIK 3,728,550 2,615,204,970.00
    ANTARABANGSA 3,286,363 2,305,055,008.20
    JUMLAH

    PELANCONG:

    7,014,913 RM 4,920,259,978.20
  2. Berapa kos publisiti dibelanjakan oleh kerajaan negeri untuk mempromosikan destinasi pelancongan tempatan?

    Kos publisiti yang telah dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri melalui Tourism Selangor untuk mempromosikan destinasi pelancongan tempatan tahun 2015 adalah seperti yang berikut:-

    BIL. JABATAN/

    PROGRAM

    JUMLAH PERBELANJAAN

    2015 (RM)

    01. Program Tahun Melawat Selangor 2015 1,627,000.00
    02. Program Promosi Dalam dan Luar

    Negara

    757,500.00
    03. Acara Pelancongan 1,389,200.00
    04. Program PR, Komunikasi dan

    Pemasaran

    357,961.00
      JUMLAH: 4,131,661.00

Lampiran

Tiada Lampiran.