Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024

301) SEKTOR PELANCONGAN

Tahun: 2024

Sesi: 3

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Sila nyatakan program untuk "Visit Selangor" pada tahun 2025.

    Berikut merupakan senarai program untuk kempen Tahun Melawat Selangor 2025 atau Visit Selangor Year 2025 yang telah dirancang yang akan dijalankan.

    1. Tahun 2024 (Program Pelancaran dan Persediaan)
      – Selangor Travel Fair 2024 dan Pra Pelancaran Tahun Melawat Selangor 2025
      – Petronas Grand Prix of Malaysia MOTOGP 2024 dan Pelancaran Tahun Melawat Selangor 2025
      – Program ‘Hi-Tea with Media’ dan Sidang Media Khas Tahun Melawat Selangor 2025
      – ‘Grand Launching’ dan Konsert Tahun Melawat Selangor 2025
    2. Tahun 2025 (Acara dan Program Utama)
      – Program Meet & Greet di KLIA Terminal 1 dan Terminal 2
      – Art of Speed 2025
      – Keretapi Sarong 2025
      – Anugerah Pelancongan Selangor 2025
      – Festival Sawah Padi
      – Festival Bon Odori 2025
      – Raja Muda International Regatta 2025
      – Acara PBT & Swata
      – Grad Prix Petronas Moto GP 2025
      – Selangor Food Mega Festival bertemakan Sate & Durian 2025
      – Miss Kebaya Selangor 2025
      – Geran Industri Pelancongan sempena Tahun Melawat Selangor 2025
      – Program Selangor Hos Komuniti 2025
      – Selangor Travel Fair 2025
      – Skuad Visit Selangor Year 2025
      – Selangor Travel Mart 2025, dan
      – Visit Selangor Year MEGA Fam Trip 2025
  2. Berapakah kos untuk menjalankan program- program tersebut?

    Jumlah anggaran Kos pelaksanaan program sempena Kempen Tahun Melawat Selangor adalah berjumlah RM15.9 juta (Ringgit Malaysia Lima Belas Juta Sembilan Ratus Ribu), yang melibatkan kos inisiatif seperti Pengiklanan, Program Promosi Luar Negara, Program Promosi Dalam Negara, Acara Pelancongan, Program Pembangunan Produk, Bahan Cenderahati Korporat & Bahan Promosi Rasmi dan Geran Industri Pelancongan Selangor 2025, mengikut pecahan seperti berikut:-

    1. Peruntukan Persediaan Tahun Melawat Selangor 2025 sebanyak RM 5.9 juta, diluluskan untuk pelaksanaan Tahun 2024
    2. Peruntukan Penganjuran Tahun Melawat Selangor 2025 sebanyak RM 10 juta, telah dicadangkan untuk dilaksanakan sepanjang Tahun 2025

Lampiran

Tiada Lampiran.