Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2011
11 Julai 2011 hingga 13 Julai 2011
117) SEKTOR EKONOMI
Tahun: 2011
Sesi: 2
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah jenis bantuan yang diberikan setakat ini kepada nelayan-nelayan seperti mana yang diperolehi jika penanam padi & petani dari segi premium tanah contohnya juga subsidi baja dan lain2, untuk nelayan pula bagaimana?
Kerajaan negeri melalui UPEN ada memberi bantuan kepada nelayan yang berkelayakan setiap tahun. Antara bantuan yang pernah diberi oleh UPEN kepada nelayan adalah sampan fiber, enjin, pukat dan jaring pelbagai saiz, gps, dan life jacket.
Nelayan ada menerima subsidi minyak diesel melalui LKIM. (dana kerajaan persekutuan)
-
Berapa ramaikah nelayan-nelayan di 1. Pesisir Pantai dan 2. Laut Dalam yang aktif di Negeri Selangor
DAERAH MELAYU INDIA CINA LAIN-LAIN JUMLAH SABAK BERNAM 443 2 2241 578 3,264 KUALA SEL 571 22 959 0 1,552 KLANG 498 19 1354 28 1,899 KUALA LANGAT/ SEPANG 431 130 255 124 940 JUMLAH 1,943 173 4,809 730 7,655 Nelayan laut dalam yang aktif di negeri Selangor adalah sebanyak 7 buah vessel C2 di daerah Sabak Bernam.
-
Berapa banyakkah ÒBagan NelayanÓ di Negeri Selangor dan jumlah penduduk di setiap Bagan tersebut?
DAERAH BIL BAGAN NELAYAN SABAK BERNAM 13 KUALA SEL 20 KLANG 17 KUALA LANGAT 13 SEPANG 4 JUMLAH 47 YB TUAN SULAIMAN BIN ABDUL RAZAK (PERMATANG)