Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

67) SEKTOR AEROANGKASA

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pelaburan

Adun: Y.B. Tuan Ong Chun Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimanakah Kerajaan Negeri melihat kepentingan sektor ini dalam pembangunan KDNK negara?

    Sektor aeroangkasa adalah sektor yang telah dikenalpasti yang berpotensi untuk berkembang di Selangor dan ianya merupakan salah satu daripada kluster industri yang diberikan tumpuan oleh pihak Kerajaan Negeri. Lebih daripada 67% pemain industri dalam sektor aeroangkasa berpusat di Selangor. Membangunkan negeri Selangor sebagai hab utama bagi aktiviti perindustrian di serantau Asia Tenggara khususnya aeroangkasa telah menjadi matlamat kerajaan negeri Selangor kini dan prinsip panduan dan strategi pembangunan industri aeroangkasa ini adalah berpaksikan Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Negeri Selangor 2020-2030 dan juga Rancangan Selangor Pertama (RS-1).

    Dalam usaha menggalakkan pertumbuhan sektor ini, Kerajaan Negeri telah menubuhkan Selangor Darul Ehsan Aerospace Industry Coordination Office (S-DAICO) dibawah Invest Selangor. Unit ini berperanan untuk mempromosikan serta melaksanakan inisiatif – inisiatif bagi mempertingkatkan pertumbuhan sektor ini disamping membantu syarikat – syarikat aeroangkasa tempatan untuk terlibat sebagai pembekal kepada syarikat global OEM aeroangkasa.

  2. Apakah langkah yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan Selangor tidak ketinggalan dalam sektor ini?

    Antara langkah – langkah yang dirancang dan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan Selangor tidak ketinggalan dalam sektor ini adalah seperti berikut;-

    1. Mewujudkan Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Negeri Selangor 2020-2030 yang menjadi panduan dan perancangan strategik bagi mempertingatkan pertumbuhan sektor aeroangkasa di Selangor.
    2. Menganjurkan program pameran tahunan seperti Selangor Aviation Show (SAS) sebagai platform bagi mempromosikan Selangor sebagai hub industri aeroangkasa di Malaysia disamping membantu syarikat tempatan mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada pasaran global.

    Mengeratkan hubungan industri dan jaringan: Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor mengambil langkah dalam memudahkan hubungan di antara syarikat tempatan dan syarikat global OEM aeroangkasa melalui misi-misi penggalakkan pelaburan seperti di Singapura yang berlangsung baru-baru ini.  Singapura adalah salah satu negara yang pihak kerajaan negeri melalui Invest Selangor telah berbincang untuk potensi perniagaan dan eksport. Sewaktu misi ini, Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor telah mengadakan mesyuarat meja bulat bersama syarikat-syarikat aeroangkasa terkemuka di Singapura bagi mempromosikan negeri Selangor dan hasilnya amat memberangsangkan. Mesyuarat meja bulat ini merupakan kerjasama antara pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui agensi National Aerospace Industry Corporation (NAICO) Malaysia dan persatuan Malaysia Aerospace Industry Association (MAIA). Antara projek yang telah dibincangkan adalah projek pembangunan seperti Selangor Aero Park (SAP) untuk aktiviti Maintenance, Repair & Overhaul (MRO), Aero-manufacturing, engine testing, training, Sustainable Aviation Fuel ataupun SAF dan lain-lain. Dengan mempromosikan projek seperti ini, pelabur-pelabur dapat mengembangkan aktiviti mereka di Selangor, sejurus membawa peluang pekerjaan yang baru untuk rakyat Selangor dan Malaysia, dan sejurusnya meningkatkan nilai KDNK negara.

  3. Bagaimanakah kerajaan memastikan rakyat Selangor turut dimanfaatkan daripada industri ini?

    Antara langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri dalam usaha memastikan rakyat Selangor turut mendapat manfaat daripada industri ini adalah seperti Pembangunan Modal Insan. Secara dasarnya, kemasukan pelabur-pelabur berpotensi ke dalam negeri Selangor secara akan membuka peluang – peluang kolaborasi dengan IKS yang pakar dalam keupayaan teknikal sedia ada seperti aeroangkasa dan penyelenggaraan kapal terbang. Ini juga dapat meningkatkan peluang pekerjaan dan pembangunan kemahiran dalam sektor ini.

    Selain itu, Whitepaper ataupun kertas putih yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri dengan kerjasama pemain industri dan akademia boleh membantu mengenalpasti solusi – solusi yang dapat menangani isu – isu seperti jurang gaji dan juga kekurangan modal insan yang memenuhi syarat-syarat OEM aeroangkasa. Whitepaper ini yang mengikuti konsep Triple Helix adalah untuk memastikan penglibatan semua pihak seperti industri, institusi pendidikan tempatan dan juga agensi kerajaan. Inisiatif ini akan membantu memastikan pekerja tempatan mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk menyokong pertumbuhan industri.

    Dalam usaha memastikian ketersedian sumber tenaga kerja tempatan dalam sektor aeroangkasa, Kerajaan Negeri melalui MBI dan Invest Selangor sentiasa proaktif dalam mengadakan program jelajah kerjaya dan career fair bagi mengurangkan jurang antara pemain industri dan kebolehcapaian kepada tenaga kerja yang berpotensi.

Lampiran

Tiada Lampiran.