Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010

12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010

219) SEKRETARIAT BELIA NEGERI SELANGOR

Tahun: 2010

Sesi: 2

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah struktur dan siapakah yang menganggotai Sekretariat Belia Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri telah menubuhkan Sekretariat Belia Negeri Selangor pada Mei 2009
    yang lalu bagi menggantikan tugas Jabatan Belia Negeri Selangor. Penubuhan ini
    adalah seiring dengan agenda Pembangunan Belia di seluruh Selangor. Sekretariat
    Belia ini diletakkan di bawah MSNS Holding Sdn Bhd di sayap perkhidmatan. Sehingga
    kini seramai empat orang yang menganggotai Sekretariat Belia ini iaitu :
    i. Encik Nurul Muaz bin Omar sebagai Setiausaha Eksekutif
    ii. Encik Mahzir bin Ibrahim sebagai Pegawai Eksekutif
    iii. Yang Mulia Raja Mahadi bin Raja Mahmudin sebagai Pegawai Eksekutif
    iv. Encik Faidzel bin Razif sebagai Pembantu Tadbir

  2. Apakah program-program belia dan sukan yang telah dilaksanakan sehingga Jun 2010?

    Sehingga Jun 2010, Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan telah mengadakan sebanyak
    13 program yang terdiri daripada :
    i. Penggerak Belia Tempatan yang diadakan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan
    ii. Le Tour De Langkawi 2010 bagi Peringkat Ketujuh di Kuala Kubu Baharu pada 9
    Mac 2010
    iii. Program Belia bersama Komuniti di Bukit Badong pada 27 Mac 2010
    iv. Persidangan Anak Muda Kebangsaan 2010 diadakan di Dewan Sivik MBPJ pada
    20 Mac 2010.
    v. Dialog Munsyi Abdullah yang diadakan di Universiti Industri Selangor dan Kolej
    Universiti Islam Malaysia pada 4 Februari dan 25 Jun 2010
    vi. Anugerah Bakat Muda Selangor di Dewan Sivik MBPJ pada 16 April 2010
    viii. Belia Bersama Komuniti Kg Rasa Hulu Selangor pada 9 hingga 11 April 2010
    ix. Program Bakti Siswa Persatuan Mahasiswa Selangor (PERMAS) di Hulu
    Selangor dari 14 hingga 16 April 2010.
    xi. Jelajah Malaysia Peringkat Pertama di Kuala Selangor pada 27 April 2010
    xii. Kejohanan Futsal Padang Jelajah Selangor 2010 Edisi Piala Dunia peringkat
    Pihak Berkuasa Tempatan di 12 Pihak Berkuasa Tempatan sepanjang bulan Jun
    xiii. Pasukan Sorak SUKSES – SUKMA 2010 di Melaka dari 9 hingga 19 Jun 2010

  3. Untuk apakah peruntukan RM4.5 juta telah digunakan dan apakah pecahanpecahannya?

    Pada tahun 2010, Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan menerima peruntukan
    sebanyak RM4.5 juta. Walau bagaimanapun, peruntukan ini dibahagikan kepada dua
    iaitu Pembangunan Belia sebanyak RM3.5 juta dan Membaik pulih / Menaik Taraf
    kemudahan sukan sebanyak RM1 juta.
    Bagi Pembangunan Belia, program Penggerak Belia Tempatan adalah merupakan
    penerima peruntukan yang paling tinggi iaitu sebanyak RM2,842,000.00. Jumlah ini
    akan diagihkan kepada 290 Zon Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor dan menjadikan
    peruntukan di setiap Zon adalah sebanyak RM9,800.00 akan digunakan bagi
    penganjuran program di bawah Kerajaan Negeri.
    Bagi peruntukan Membaik Pulih / Menaik Taraf Kemudahan Sukan sebanyak RM1 juta
    akan disalurkan kepada penyelenggaraan sukan di seluruh Selangor. Sehingga 15 Jun
    2010, sebanyak 87 projek dari lima Pejabat Tanah dan Daerah dan dua Pihak Berkuasa
    Tempatan telah diterima. Memandangkan permohonan ini telah melebihi dari jumlah
    peruntukan yang diperuntukkan maka Kerajaan Negeri akan memilih projek-projek
    kritikal untuk dibaik pulih terlebih dahulu.

Lampiran

Tiada Lampiran.